Pages

Jelajah Ilmu

Program Jelajah Bersama Dr Sidek Baba, seorang Profesor di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, juga merupakan Mantan Timbalan Rektor UIAM, telah berjalan dengan jayanya di beberapa tempat sekitar England dengan sambutan yang cukup membanggakan. Misi ini bermula dengan pertemuan pertama bersama komuniti di Coventry, komuniti di Sheffield, Manchester, Hull, dan Oxford. Program-program yang diisi dengan pengisian yang pelbagai banyak menyentuh tentang isu-isu semasa yang melatari umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia amnya. Sebagai seorang tokoh pendidik yang berpengalaman dalam dunia pendidikan , beliau banyak menyentuh tentang persoalan pokok Islam dan peranan dalam mendidik generasi pada masa akan datang. Pendidikan asas teras islam menjadi elemen penting dalam membangun minda dan pemikiran generasi akan datang. Para pendidik termasuk ibu bapa sebagai pemangkin dan role model kepada anak-anak harus diberi penekanan dalam usaha mengangkat martabat umat.

Program seminggu anjuran MISG ABIM UK-Eire ini adalah sebahagian daripada Misi jelajah tokoh yang dirancang oleh kami dalam rangka mendidik generasi muda di United Kingdom dengan ilmu dan kepentingan mendekati para ilmuan. Sebelum ini pihak MISG ABIM UK-Eire juga telah menerima seorang tokoh iaitu Prof Madya Hj Shaharuddin Badaruddn, pensyarah kanan UiTM Shah Alam. Beliau yang merupakan ahli akademik yang pakar dalam bidang sains politik di malaysia menyentuh tentang Masa Depan Politik Melayu dan Islam : Pasca PRU 12. Sebagai seorang tokoh dalam gerakan Islam ABIM, pengalaman sebagai pimpinan gerakan islam bukan sahaja mampu digarap dalam menelusuri perkembangan dalam dunia politik umat Islam di Malaysia semata-mata malah mampu membangkitkan kesedaran tentang keperluan generasi baru dalam membangunakan kefahaman politik berdasarkan prinsip Islam sebenar.

Pihak MISG ABIM UK-Eire juga sedang merangka pada masa akan datang untuk memanfaatkan kehadiran tokoh-tokoh yang pelbagai dari Malaysia untuk digembeling ilmu mereka bagi menyemarak lagi usaha dakwah tarbiyyah di bumi UK bertuah ini. Moga program-program akan datang akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan penduduk Melayu di UK ini. Insya Allah . Sebarang pertanyaan boleh ajukan kepada emel kami.

Lawatan Ukhuwwah


Lawatan Ukhuwwah MISG ABIM ke Ireland

31 Mei 2008 - MISG ABIM UK-Eire telah mengadakan Forum Komuniti bersama pelajar dan komunit melayu Ireland dalam satu Lawatan Ukhuwwah bermula pada 31 Mei -2 Jun 2008 yang lalu. Lawatan Ukhuwwah ini telah diketuai oleh Timbalan Presiden MISG ABIM UK-Eire Sdr Hasri Harun, Setiausaha, Sdr Qurratul Akyun Hj Daud. Rombongan seramai 10 orang tersebut telah sampai kebumi Ireland pada 31 mei 2008. Pertemuan bermula dengan menganjurkan Forum Komuniti yang telah diadakan di Pusat Kebudayaan Islam Ireland (CAC). Majlis turut dihadiri warga pelajar postgraduat dan wakil2 pimpinan persatuan pelajar Ireland. Forum komuniti tersebut telah dibarisi oleh Sdr Hasri Harun, Timbalan Presiden MISG, Ustaz Daud Norakit, Penasihat Persatuan Melayu Leeds, dan Cik Normazita Ismail, wakil dari Ireland.

Lawatan Ukhuwwah ini pada keesokkannya juga telah dibawa menjelajah tempat2 menarik di sekitar Ireland oleh wakil-wakil pelajar di sana. Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan muzakarah dan usrah bersama pelajar di sana. Berbagai perbincangan, topik dan isu-isu semasa telah berjaya diadakan secara heart to heart bersama mereka telah berjaya diadakan. Pelbagai cadangan, komen dan buah fikiran telah dibangkit terutama dalam isu bagaimana mengatasi isu-isu generasi muda islam, kepelbagaian badan-badan pelajar dan agenda seterusnya dalam membangunkan masa depan generasi muda di bumi Ireland.

Pada keesokannya, Rombongan MISG telah berjaya menghadiri Program Ilmu anjuran pelajar islam ireland . Program berupa pembentangan kitab oleh seorang ulama muda dari Malaysia.

Rombongan telah selamat pulang ke UK pada hari Isnin setelah 3 hari berada di Ireland dengan sambutan dan layanan yang cukup membanggakan.

Jelajah Ilmu bersama Prof Dr. Sidek Baba

Assalamualaikum, buat sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada di United Kingdom dan Ireland. Dengan berbesar hati kami ingin menjemput untuk sesi beramah mesra bersama Prof. Dr Sidek Baba. Butiran lanjut mengenai program adalah seperti berikut.

Sila klik poster untuk besarkan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Conventry - Ustaz Noh : mohdnohabduljalil@gmail.com
Sheffield - Ustaz Hasri : has_elly@yahoo.co.uk
Hull - En. Shafudin : S.Mohd-Yatim@2007.hull.ac.uk