Sesungguhnya perubahan kepimpinan adalah sunnah dalam perjuangan. Namun perubahan yang berlaku tidaklah seharusnya membantutkan segala usaha dan perjuangan kerana penerusan kearah kebaikan harus diperkasa walau sesiapa pun yang memegang tampuk kepimpinan. Oleh yang demikian masing-masing mempunyai hak dan tanggugjawab dalam melaksanakan tugas.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggugjawab yang diamanahkan di dalamnya." Riwayat Muslim
Kepimpinan mempunyai hak untuk mendapatkan wala' daripada ahli keseluruhan bagi menjamin segala usaha dan perancangan mendapat sambutan yang kuat daripada ahli manakala tanggugjawab kepimpinan untuk memajukan usaha dakwah, memimpin ahli kearah kebaikan harus sentiasa dimantapkan. Begitu juga ahli disemua peringkat haruslah ikhlas dalam memberi ketaatan kepada kepimpinan. Jangan wujud suasana yang tidak selesa dalam gerakan. Wujudkan suasana mahabbah dan tolenrasi yang murni sesama kita kerana jalan perjuangan ABIM masih jauh dan kita masih mengayuh perjalanan dakwah untuk sampai ke destinasi yang masih belum kita nampak. Justeru, kepimpinan dan kepemimpinan harus diperkasa. Dalam suasana perubahan dalam konteks ABIM saya percaya kita makin matang untuk mendepani cabaran. Kita harus matang dalam menangani perubahan. Insya Allah usaha kita untuk tampil sebagai wadah perjuagan umat dan belia di Malaysia akan sentiasa di rasai oleh umat tidak kira dimana kita berada.
Marilah sama-sama kita dikalangan ahli dan pimpinan renungi ingatan Allah SWT akan cabaran kepimpinan dan bagaimana kita harus menyuntik semangat perjuangan kita dalam gerakan tercinta ini:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan Yang terbunuh. (balasan syurga Yang sedemikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar." (At -Taubah, 9:111)
Kepada kepimpinan baru, sama-sama kita berusaha memperkukuh wadah gerakan ABIM dengan baik. Saya percaya insan-insan yang diposisikan dalam kepimpinan hari ini adalah mereka yang punyai kualiti yang hebat dan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Serlahkan kepimpinan anda dengan baik dan kukuhkan gerakan kita untuk masa depan umat yang kita cintai. Saya doakan semoga usaha meneruskan risalah nubuwwah ini akan diberkati oleh Allah SWT.
Wajah Baru, Suara Baru, Belia Baru
Barisan Kepimpinan baru ABIM 2009-2011
Presiden :
Muhammad Razak Idris
Timbalan Presiden :
Amidi Abd Manan
Naib Presiden :
Ahmad Saparuddin Yusup (Kebangsaan)
Khairul Faiz Morat (Antarabangsa)
Fadhlina Siddiq (Helwa)
Setiausaha Agung :
Muhd Raimi Abd Rahim
Setiusaha Kewangan :
P.Aizan Tukirin
Penolong Setiusaha Agung :
Maria Kamel
Ketua Biro Dakwah :
Naim Mohd Noor
Ketua Biro Penerangan :
Mhd Hilmi Ramli
Ketua Biro Pembangunan Sosial :
Akmal Hisham Abdul Rahim
Ketua Biro Penyelidikan :
Fauwaz Hasbullah
Ketua Biro Penataran :
Abdul Razak Aripin
Ketua Biro Pendidikan :
Dr Haslinda Abdullah
Ketua Biro Ikhtisas :
Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kesihatan) :
Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Latihan) :
Noryzal Zainal Abidin
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Antarabangsa) :
Jufitri Joha
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (IT dan Perhubungan) :
Adli Abdul Wahab
No comments:
Post a Comment