Pages

Wacana Ilmu Online


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera;

Rakan-rakan sekalian

Satu diskusi ilmu 'online' akan membincangkan tajuk berikut:
[Medium Perbincangan:sila buka MISGTV]

"Meneladani Ketokohan Sultan Muhammad al-Fateh, HAMKA dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi; Satu Diskusi oleh Relawan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)"



Sultan Muhammad al-Fateh terkenal dalam ketemadunan dunia, sebagai seorang pemerintah Islam yang hebat dari segi spritual, intelektual dan sumbangannya dalam dunia Islam. Beliau telah berjaya membuka kota Istanbul di Turki dengan menawan Kota Constantinople. Kejayaan beliau bukan sahaja dari aspek strategi peperangan tetapi ada RAHSIA lain yang boleh dibongkar...

Buya Hamka atau Pak Hamka, pengarang Tafsir Al-Azhar merupakan seorang pendakwah terkenal di nusantara yang banyak jasa serta susur galur hidupnya yang boleh dicontohi. Mungkin ada yang teringat dengan buku beliau, 'Tenggelamnya kapal Van der Wijck', satu karya yang cukup unik untuk diteliti oleh generasi muda...

Sallehuddin al-Ayyubi pula adalah seorang yang berjaya menawan kembali Palestine dari tangan 'Crusade', gerakan Perang Salib Eropah. Pasti ada yang terpesona melihat kehebatannya dalam filem ' Kingdom of Heaven' walaupun adunannya adalah versi barat. Namun menarik meneliti karya Dr. Majid Kaylani apabila beliau mengungkapkan bahawa kejayaan Salahuddin al-Ayubi adalah dicetuskan oleh pembinaan satu generasi yang digerakkan sebelum itu lagi setelah kemelesetan Kerajaaan Islam Abbasiyyah,... siapakah generasi itu, bagaimana ia terbina... satu persoalan yang wajar dicungkil rahsianya oleh generasi hari ini.

Khazanah sejarah dari ketamadunan Islam ini satu perkara yang boleh dibincangkan dan iktibar yang boleh kita perolehi darinya... Justeru satu diskusi/wacana 'online' akan dibawakan kepada anda bagi mengungkap sejarah ini oleh rakan2 penggerak GPTD yang akan berkonsi pengalaman dan pengembaraan mereka....

Tarikh:14 Mac 2010/ 28 Rabiulawal (Ahad-Tarikh UK) -15 Mac / 29 Rabiulawal (Isnin-Tarikh Malaysia)

Masa: 8 malam - 9.15 malam (Waktu UK) / 4 pagi - 5.15 pagi (waktu Malaysia)
Boleh periksa masa anda melalui: http://www.timezoneconverter.com/cgi-bin/tzc.tzc


Medium Perbincangan: http://misgtv.blogspot.com/

(sila buka web site ini untuk maklumat 'online') Room & Online TV akan dibuka dari jam 7:00 malam waktu UK.


Pembicara :

a. Saudara Jufitri Joha - Pengerusi GPTD (http://gptderopah.ning.com/video/promo-pengenalangptd)

b. Saudara Muhammad Suhail Ahmad - Presiden GPTD / Relawan GPTD di Guongzhou, China / Pengerusi Kelab Laksamana Cheng Ho GPTD

c. Saudara Izwan Suhadak - Penasihat Kelab Hamka, GPTD Unisel / Naib Presiden GPTD

d. Saudara Faiz Mas Darwin - Relawan GPTD di Istanbul, Turki

e. Saudara Bayfateh Faizul Afzan - Pengerusi Grup al-Fateh / Pengerusi GPTD Kelantan

f. Saudara Zul Amin - Pengerusi Generasi Jil Salahudiin Al-Ayyubi

g. Saudara Shazni Abdullah - Relawan GPTD di Syria / Timbalan Presiden GPTD

h. Saudara Addawiyah Salim - Koresponden GPTD di UK


Sebagai muqaddimah... sila tonton youtube ini untuk menyegarkan minda anda:
http://misgtv.blogspot.com/2010/03/best-thing-west-do-about-islam.html

Maklumat lanjut atau sebarang permasalahan sila hantar kepada: misgabim@gmail.com atau misg.online@gmail.com

Oleh:
Sekretariat MISG ABIM UK & GPTD Eropah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera;

Bersama ini dilampirkan Buku Penerangan & Keterangan Isu Kalimah Allah, yang dikeluarkan oleh ABIM Pusat (Diedit edisi UK dengan beberapa penambahan artikel). Buku ini memuatkan koleksi artikel-artikel yang berkaitan dengan isu ini untuk maklumat dan perhatian masyarakat. Jelas ramai yang keliru tentang isu ini dan kurang memahami masalah isu pokok, kelebihan istilah Allah dalam konteks Islam, penggunaan kalimah sebelum Islam, mengapa definisi perkataan penting?, hukum dan persoalan undang-undang yang melatarinya.

Hakikatnya, isu ini perlu ditangani dengan kefahaman ilmu, hikmah dan kebijakan, bukan dengan emosi dan tindakan melulu yang membelakangkan undang-undang. Formula kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai ciri2 tersendiri dengan semangat toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain, wajar dihayati.

MISG ABIM UK-EIRE, terpanggil mengedarkan dokumen/buku ini untuk maklumat semua (edisi UK). Semoga ada manfaatnya, InsyaAllah.
Ada 2 versi pada attachment:
Versi 1 : Untuk view di PDF
Versi 2 : Print Version - Telah disusun siap dalam bentuk cetakan buku.
[Sila - PRINT DOUBLE SIDE, select printer for double side print ] atau cetak dahulu kemudian fotokopi depan belakang; lipat dua setelah selesai]

Bagi yang mengakses keputusan kes tersebut, sila rujuk link ini:
https://docs.google.com/fileview?id=0B9HYypGnqBdxNzlhMGNmMmYtYzk1Yy00M2UxLWE1YjctYjJkYjAxYWM1YTgz&hl=en

Berikut adalah koleksi youtube rakaman program di Malaysia yang disampaikan oleh Dr Farid Shahran anjuran PKPIM.

Hakikat pengunaan kalimah Allah satu penjelasan - Dr Farid Shahran
Dr. Farid merupakan mantan Timbalan Presiden ABIM dan Pensyarah UIAM.
Siri 1 : http://www.youtube.com/watch?v=BMQan9CksvA&feature=related
Siri 2 :http://www.youtube.com/watch?v=HbzjixwOemk&feature=channel
Siri 3 :http://www.youtube.com/watch?v=_cMt7e9lzWI&feature=channel
Siri 4 :http://www.youtube.com/watch?v=wmIbbx3-fMk&feature=channel
Siri 5 :http://www.youtube.com/watch?v=U-mPoaraWD0&feature=channel
Siri 6 :http://www.youtube.com/watch?v=8tEolJKNvJs&feature=channel

Video lain: Pandangan Datuk Dr Haron Din tentang isu kalimah Allah
http://www.youtube.com/watch?v=N06ntSLtb_4&feature=related

Petisyen Bantahan Online:
http://www.muslimconsumer.org.my/herald/




MISG ABIM UK-EIRE
"HIDUP BIAR BERJASA"