Wacana Ilmu Online


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera;

Rakan-rakan sekalian

Satu diskusi ilmu 'online' akan membincangkan tajuk berikut:
[Medium Perbincangan:sila buka MISGTV]

"Meneladani Ketokohan Sultan Muhammad al-Fateh, HAMKA dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi; Satu Diskusi oleh Relawan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)"



Sultan Muhammad al-Fateh terkenal dalam ketemadunan dunia, sebagai seorang pemerintah Islam yang hebat dari segi spritual, intelektual dan sumbangannya dalam dunia Islam. Beliau telah berjaya membuka kota Istanbul di Turki dengan menawan Kota Constantinople. Kejayaan beliau bukan sahaja dari aspek strategi peperangan tetapi ada RAHSIA lain yang boleh dibongkar...

Buya Hamka atau Pak Hamka, pengarang Tafsir Al-Azhar merupakan seorang pendakwah terkenal di nusantara yang banyak jasa serta susur galur hidupnya yang boleh dicontohi. Mungkin ada yang teringat dengan buku beliau, 'Tenggelamnya kapal Van der Wijck', satu karya yang cukup unik untuk diteliti oleh generasi muda...

Sallehuddin al-Ayyubi pula adalah seorang yang berjaya menawan kembali Palestine dari tangan 'Crusade', gerakan Perang Salib Eropah. Pasti ada yang terpesona melihat kehebatannya dalam filem ' Kingdom of Heaven' walaupun adunannya adalah versi barat. Namun menarik meneliti karya Dr. Majid Kaylani apabila beliau mengungkapkan bahawa kejayaan Salahuddin al-Ayubi adalah dicetuskan oleh pembinaan satu generasi yang digerakkan sebelum itu lagi setelah kemelesetan Kerajaaan Islam Abbasiyyah,... siapakah generasi itu, bagaimana ia terbina... satu persoalan yang wajar dicungkil rahsianya oleh generasi hari ini.

Khazanah sejarah dari ketamadunan Islam ini satu perkara yang boleh dibincangkan dan iktibar yang boleh kita perolehi darinya... Justeru satu diskusi/wacana 'online' akan dibawakan kepada anda bagi mengungkap sejarah ini oleh rakan2 penggerak GPTD yang akan berkonsi pengalaman dan pengembaraan mereka....

Tarikh:14 Mac 2010/ 28 Rabiulawal (Ahad-Tarikh UK) -15 Mac / 29 Rabiulawal (Isnin-Tarikh Malaysia)

Masa: 8 malam - 9.15 malam (Waktu UK) / 4 pagi - 5.15 pagi (waktu Malaysia)
Boleh periksa masa anda melalui: http://www.timezoneconverter.com/cgi-bin/tzc.tzc


Medium Perbincangan: http://misgtv.blogspot.com/

(sila buka web site ini untuk maklumat 'online') Room & Online TV akan dibuka dari jam 7:00 malam waktu UK.


Pembicara :

a. Saudara Jufitri Joha - Pengerusi GPTD (http://gptderopah.ning.com/video/promo-pengenalangptd)

b. Saudara Muhammad Suhail Ahmad - Presiden GPTD / Relawan GPTD di Guongzhou, China / Pengerusi Kelab Laksamana Cheng Ho GPTD

c. Saudara Izwan Suhadak - Penasihat Kelab Hamka, GPTD Unisel / Naib Presiden GPTD

d. Saudara Faiz Mas Darwin - Relawan GPTD di Istanbul, Turki

e. Saudara Bayfateh Faizul Afzan - Pengerusi Grup al-Fateh / Pengerusi GPTD Kelantan

f. Saudara Zul Amin - Pengerusi Generasi Jil Salahudiin Al-Ayyubi

g. Saudara Shazni Abdullah - Relawan GPTD di Syria / Timbalan Presiden GPTD

h. Saudara Addawiyah Salim - Koresponden GPTD di UK


Sebagai muqaddimah... sila tonton youtube ini untuk menyegarkan minda anda:
http://misgtv.blogspot.com/2010/03/best-thing-west-do-about-islam.html

Maklumat lanjut atau sebarang permasalahan sila hantar kepada: misgabim@gmail.com atau misg.online@gmail.com

Oleh:
Sekretariat MISG ABIM UK & GPTD Eropah

1 comment:

rizuan mh said...

Assalamualaikum, terima kasih kerana susah2 berkunjung ke blog saya. Tidak ada ilmu yg boleh mencerdikkan saudara di blog saya, maklumlah, universiti tempatan saja kan. tetapi alhamdulillah, saya tetap bersyukur walaupun di USM..tradisi yang memisahkan IPT saya dan IPT anda, bukan kita sebagai warga penuntutnya. Saya juga tidak kisah walau di mana pun ditempatkan kerana menuntut ilmu itu di mana-mana saja, walau pun di dalam gereja. Di sini, masih ramai yg belum mampu mengikuti pendidikan atas berbagai-bagai faktor. Justeru malu untuk saya perlekehkan org lain, lebih2 lagi mengenangkan ilmu sendiri yg belum cukup untuk membimbing diri. Biarlah walau pun di USM, tetapi selagi mampu saya akan terus menuntut. Ilmu untuk dituntut supaya memandu diri, itu kepercayaan saya, bukan diri yg memandu ilmu sehingga merendah-rendahkan org lain. Tidak ada bezanya belajar di luar negara kalau pemikiran hasad dan merendah-rendahkan org lain ada dlm diri selalu.