Oleh : Hasri Harun
Setiap tahun kita akan sama-sama menyambut kehadiran ramadan al-mubarak dengan penuh rasa tawaduk dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama merebut peluang bulan yang penuh keberkatan ini. Seperti mana bulan-bulan yang lain dalam islam , Ramadan menjanjikan ruang dan peluang kepada kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran Allah yang datang setahun sekali. Jika diukur dan dinilai sebab mengapa Allah memberikan peluang dibulan Ramadan untuk kita beribadah sudah pastilah tidak mampu untuk menjawabnya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma yang pasti hikmah dan rahsia disebaliknya akan ada jika kita mengenali apakah itu Ramadan, rahsia disebalik amalann yang mulia ini.
Semua orang mengetahui bahawa Ramadan adalah bulan untuk menilai ketaqwaan terhadap Allah Taala. Firmannya dalam surah al Baqarah ayat 183: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. Pernahkah kita fikirkan taqwa yang bagaimanakah yang perlu kita cari dan bentuk dalam diri kita, persoalan untuk kita membentuk jiwa muttaqin dalam diri . Ungkapan taqwa yang difahami secara mudah memberi erti takut adalah antara garisan paling asas dan awal memahami taqwa yang sebenar. Namun takutnya kita kepada Allah itu bagaimana? Adakah takut dalam erti bahasa yang longgar sepertimana orang takut hantu, jembalang dan sebagainya? atau takut dengan penuh inti dan makna sebenar. Yang jelas taqwa membawa erti takut dengan ilmu dan iman yang jitu kepada Allah. Justeru jika takut yang kita rasai semata-mata tanpa ilmu maka ketakutan tidak membawa erti apa-apa. Justeru yang harus diambil kefahaman dalam konteks ramadan ini adalah Pertama memahami apakah makna taqwa sebenar dalam hidup kita. Harus dicari makna tersebut. Kedua melihat secara teliti ciri orang taqwa dizaman nabi dan sahabat. Mencungkil tabiat orang bertaqwa sebenarnya untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian dan ketiga mengamalkan sifat-sifat dikalangan para ulama dan para solehin bagaimana mereka mempertahankan jiwa muttaqin.
Apakah rahsia mengekalkan jiwa taqwa agar ianya sentiasa segar dan bermakna dalam hidup. Barulah kita dapat merasai nikmat taqwa dalam bulan ramdan ini. Ini bermakna Ramadan memberi satu wahana mengetuk pintu hati manusia supaya mereka membuat muhasabah , mencari dimana pintu taqwa dalam diri mereka.
Ramadan juga mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa segar dengan tazkiyah l-nafs ( penyucian jiwa). Firman Allah dalam surah al-syams ayat 7-10 ’’Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaanNya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya." Penyucian ertinya daripada dosa dan noda sepanjang tahun. Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah walaupun tanpa disedari. Janganlah kita leka daripada dosa, mungkin kita tidak melakukan dosa-dosa besar kepada Allah namun jika dikira dengan penuh teliti barangpasti begitu banyak dosa-dosa kecil yang kita telah lakukan tatkala hati kita dilalaikan oleh hawa nafsu . Itulah sebabnya jika dihimpun segala dosa-dosa kecil yang dilakukan pasti ianya berat dan dikhuatiri akan setimpal dengan dosa besar. Nauzubillah. Itulah hakikat keampunan Allah mesti dikaut sebanyak mungkin moga dosa kecil yang kita lakukan sepanjang tahun akan diampun oleh Allah SWT. Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 135 “ Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain darpada Allah?”
Persoalan yang mungkin harus kita teliti disini adalah apakah kita merasai kita melakukan dosa? Atau jiwa kita masih bebal dengan perasaan bahawa hati kita masih bersih tanpa dosa. Sebab itu amalan yang baik dalam konteks ramadan seperti membaca al-quran, melakukan sedekah adalah antara dua amal soleh yang secara ruhaniyahnya mampu untuk menghancurkan dosa-dosa kecil kita dengn Allah. Jangan sekali-kali kita merasa mudah dengan persoalan akhirat dalam hal ini. Dosa kita dengan Allah tidak mampu kita tangani jika kita mempunyai hati yang keras seperti batu. Untuk melembutkan hati , maka amalan-amalan kerohanian adalah makanan yang paling benar untuk kejalan itu. Al-Quran sendiri boleh menjadi ubat untuk melembutkan hati. Firman Allah dalam surah ar-Ra;d “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.
Umat Islam pada hari ini sentiasa diperingatkan untuk sentiasa bersedia dengan kehadiran ramadan. Dalam hadith-hadith hadis soheh banyak memberi panduan kepada kita tentang bagaimana untuk kita bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menyambut kehadiran ramadan yang begitu bermakna. Cuma disebalik persediaan ini kita kadangkala lupa bahawa asas dalam diri kita harus jelas bahawa amalan-amalan yang harus dilakukan itu bukan semata-mata dibulan ramadan. Amalan baik yang ditetapkan sebagaimana dalam bulan ramadan juga adalah manifestasi untuk dilakukan dibulan-bulan yang lain.
Jika kita ingin menyambut kehadiran tetamu yang akan datang kerumah sudah tentulah kita akan bersiap sedia dengan segala persiapan untuk menerima kehadiran dengan baik. Persediaan termasuklah fizikal, rumah yang bersih, makanan yang sedap dan lazat dan suasana yang harmoni dan tenteram. Begitu juga persediaan mental dan jiwa, akan pasti diberikan untuk kita menyambut kehadiran tetamu kesayangan kita. Justeru begitulah dengan Ramadan, apatahlagi seharusnya lebih kerana Ramadan yang akan datang ini bukan dengan tangan kosong tetapi dengan buah tangan daripada Allah swt yang akan kekal sehingga hari akhirat.
Rasulullah Saw. juga bersabda: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu langit, menutup pintu neraka, dan membelenggu setan-setan. Di dalamnya Allah memiliki satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang diharamkan kebaikan malam itu maka ia sungguh telah diharamkan (dari kebaiakan).” (HR. Nasa’i dan Baihaki). Apakah persediaan kita untuk menyambut Ramadan.
1. Niat yang bersungguh-sungguh menerima tetamu bernama ramadan. Niat yang baik sebelum kehadiran ramadan adalah amalan yang paling awal untuk menentukan amalan seterusnya sepanjang ramadan. Mulakan niat kita untuk melangkah bertemu ramadan semata-mata untuk mendapatkan keampunan, rahmat dan dijauhkan daripada dosa. Jika persediaan menyambut ramadan selain daripada itu, maka sudah tentulah matlamat puasa kita akan sedikit tersasar. Niat apakah yang mesti kita bina, antaranya adalah niatkan diri kita semoga diri kita akan dapat melaksanakan ibadah berpuasa dengan baik. Dijauhkan diri kita daripada amalan-amalan yang bertentangan dengan islam, membazir, diberi kekuatan oleh Allah untuk mengawal diri daripada melakukan amalan-amalan yang boleh merosakkan pahala puasa kita.
2. Kembali membuat muhasabah tentang amalan, sejarah, praktis ramadan. Sememangnya untuk mendapat rahmat Allah tidak semudah nya jika kita tidak mempunyai ilmu. Justeru kembali muhasabah amalan puasa, mengetahui perkara-perkara yang haram, harus, makruh dalam ibadah puasa adalah amat penting bagi mengelakkan kita alpa dan ambil sambil lewa tentang melaksanakan ibadah puasa. Jangan kita jadi seperti setengah orang melaksanakan ibadah puasa setakat mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Oleh kerana itu ilmu dalam ibadah puasa amat pentign sebagai satu syarat untuk menjadi mukmin yang diterima ibadahnya disisi Allah.
Selain elemen pembentukan aqidah, mendekatkan diri, taqarrub ilallah. Ramadan diibaratkan sebagai bulan tarbiyyah. Bulan mendidik jiwa dan nurani untuk hampir dengan yang Maha Pencipta. Ramadan jika dihayati falsafahnya mampu membentuk insan yang hidup jiwa dan nuraninya . Bukan semata-mata melahirkan manusia yang kuat jiwa dan akalnya malah amalan jasmaninya juga terbina nilai-nilai murni. Ramadan melahirkan insan yang kasih kepada manusia lain. Memberi orang lain makanan untuk berbuka puasa adalah salah satu amalan jihad kecil untuk melahirkan insan yang kasih dan saling membantu orang lain yang lebih memerlukan. Jika kita sememangnya tidak mempunyai masalah tentang harta, makanan, pakaian, dibulan ramadanlah kita digalakkan untuk mencari fakir miskin dan memberi mereka sedikit kesenangan semata-mata untuk Allah SWT. Tanda kasih dan sayang tidak mudah wujud dengan memberi orang lain makan melainkan kita faham akan konsep taqarrub ilallahi. Niat dan sikap kita semata-mata untuk Tuhan yagn maha pencipta.
Jika kita bicara tentang bulan ramadan, sudah tidak dapat dipisahkan lagi bahawa ramadan adalah bulan tarbiyyah. Bulan dimana umat dilatih untuk membentuk jiwa dan akal mereka agar dekat dengan Tuhannya. Bulan dimana hati-hati mereka dididik agar sentiasa tunduk dan patuh kepada perentah Allah. Proses tarbiyyah tidak dapat lari daripada 3 elemen merangkumi aspek tansyiah (pembentukan), ri’ayah( pemeliharaan) dan tanmiyyah ( pengembangan). Bagaimana untuk kita melihat ramadan menjadi sumber utama membentuk insan yang lahir daripada tarbiyyah ramadan.
a. Tansyiah (pembentukan) Ramadan banyak sekali membentang proses membentuk insan yang hebat ketika dalam bulan ramadan. Amalan-amalan seperti qiyamullail, bersedekah adalah antara proses tarbiyah yang begitu besar nilainya disisi Allah dan jika dilaksanakan maka ianya dapat membentuk jiwa hebat. Ramadan membentuk sifat berkualiti membentuk akal, minda dan ruh agar sentiasa tdak kikir dalam menyumbang ilmu, harta .Begitu juga ramadan mendidik insan agar tidak bongkak dan takabur dengan amalan harian. Disinilah ramadan menjadi satu platfom membentuk sahsiah insan agar sentiasa dilakukan dalam bulan ramadan apatahlagi dapat diamalkan diluar ramadan. Sudah pastilah Ramadan adalah platform membentuk diri agar hampir dengan Allah.
b. Ri’ayah ( pemeliharaan) Amalan-amalan sunat yang dilaksanakan dalam bulan ramadan bukan sahaja satu proses bersifat sementara. Ia harus diteruskan dan dilaksanakan dan menjadi amalan dalam kehidupan. Tidak berguna satu-satu amalan jika ianya tidka diteruskan dalam segenap kehidupan apatahlagi ianya digalakan dan dituntut oleh islam. Maka tarbiyyah ramadan juga mengambil kira proses memelihara agar ilmu dan amalan ramadan dapat memberi kesan berpanjangan dlam hidup. Tarbiyah tidak akan tercerna jika setiap amalan tidak dipelihara. Tarbiyah dan pemeliharaan dalam konteks amalan amatlah penting. Setiap amalan yang baik mestilah dipelihara.
c. Tanmiyyah ( pengembangan) Tidak cukup dengan amalan pemeliharaannya dalam kontesk amalan ramadan ,ia harus dikembangkan dengan baik dan dilakukan dengan penuh tulus kerana Allah. Justeru membina kekuatan dalam bulan ramadan adalah perkara utama membina jiwa insan yang murni dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah agar kita sentiasa segar dan bersedia untuk mendepani cabaran diluar ramadan
Kesimpulannya, apa pun cabaran yang dilalui sepanjang ramadan haruslah kita telaah bagaimana harus kita mengemaskini diri kita, keluarga, masyarakat untuk menerima kehadiran ramadan dengan jiwa yang tulus dan ikhlas kerana Allah. Kehadiran ramadan yang silih berganti setiap tahun haruslah kita lihat dengan mata hati dimana yang harus kita mantapkan. Apakah amalan-amalan kerohanian yang sedikit ketinggalan yang tidak kita lakukan sebelum ini harus kita tingkatkan? Atau aspek mana yang wajar kita tingkatkan. Pemikiran sebegini mesti kita tanam semata-mata mendapat mardhatillah. Jika kehadiran ramadan ini semata-mata untuk berpuasa tanpa ada niat peningkatan maka wajar kita renung hadith yang bicara bahawa berapa ramai orang beriman yang berpuasa dan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Tidakkah golongan dikalangan mereka yang rugi?

No comments:
Post a Comment