Pages

KULIAH RAMADHAN ONLINE

Tema : Merungkai Dimensi Taqwa di bulan Ramadhan

Anjuran : MISG ABIM UK-EIRE


Kuliah untuk siri kali ini akan diadakan dengan kerjasama Komuniti Malaysia Glasgow (KMG). Semoga dapat dimanfaatkan InsyaAllah.


Program Kuliah Ramadhan -Santapan Rohani

Tarikh : 5 September 2009 / 15 Ramadhan 1429H (Sabtu petang)

Tempat : Siaran langsung PALTALK (PANDUAN PALTALK & USTREAM sila rujuk dibawah)

Masa : 5.30 petang - 6.45 petang (Waktu UK)

Tajuk : TAQWA -Rahmat Allah Itu Mesti Di cari.


Penyampai : Ustaz Haji Daud Norakit, dari Leeds UK.

(Penceramah telah 13 tahun berada di bumi UK, khususnya di Leeds mencurahkan khidmat baktinya membantu aktiviti dakwah dikalangan komuniti Malaysia di UK termasuk program-program anjuran MSD. Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Kepakaran beliau dalam pendidikan Islam, Usuluddin, Aqidah dan Tasawuf. Kini sebagai penasihat, Malaysian Community Leeds. Beliau akan mengupas tajuk tersebut disamping berkongsi pengalaman bagaimana menambahkan 'rasa' ibadah di bulan Ramadhan dalam suasana persekitaran di perantauan).


Untuk Kuliah ini dua medium akan digunakan. Digalakkan menggunakan kedua-dua saluran dan boleh digunakan serentak. Cuma sila mute salah satu bagi mengelakkan gangguan pertindihan suara. Jika ada masalah sila YM/SKYPE: ariffin77 atau emel - ariffin77@gmail.com
  1. Menggunakan USTREAM TV-MISG- http://www.ustream.tv/channel/kuliah-misg
  2. Paltalk - Kuliah Online Malaysia Glasgow. (Anjuran bersama) : http://chat.paltalk.com/g2/group/1199679857/DisplayGroupDetails.wmt