Pages

Wacana Ilmu Online


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera;

Rakan-rakan sekalian

Satu diskusi ilmu 'online' akan membincangkan tajuk berikut:
[Medium Perbincangan:sila buka MISGTV]

"Meneladani Ketokohan Sultan Muhammad al-Fateh, HAMKA dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi; Satu Diskusi oleh Relawan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)"



Sultan Muhammad al-Fateh terkenal dalam ketemadunan dunia, sebagai seorang pemerintah Islam yang hebat dari segi spritual, intelektual dan sumbangannya dalam dunia Islam. Beliau telah berjaya membuka kota Istanbul di Turki dengan menawan Kota Constantinople. Kejayaan beliau bukan sahaja dari aspek strategi peperangan tetapi ada RAHSIA lain yang boleh dibongkar...

Buya Hamka atau Pak Hamka, pengarang Tafsir Al-Azhar merupakan seorang pendakwah terkenal di nusantara yang banyak jasa serta susur galur hidupnya yang boleh dicontohi. Mungkin ada yang teringat dengan buku beliau, 'Tenggelamnya kapal Van der Wijck', satu karya yang cukup unik untuk diteliti oleh generasi muda...

Sallehuddin al-Ayyubi pula adalah seorang yang berjaya menawan kembali Palestine dari tangan 'Crusade', gerakan Perang Salib Eropah. Pasti ada yang terpesona melihat kehebatannya dalam filem ' Kingdom of Heaven' walaupun adunannya adalah versi barat. Namun menarik meneliti karya Dr. Majid Kaylani apabila beliau mengungkapkan bahawa kejayaan Salahuddin al-Ayubi adalah dicetuskan oleh pembinaan satu generasi yang digerakkan sebelum itu lagi setelah kemelesetan Kerajaaan Islam Abbasiyyah,... siapakah generasi itu, bagaimana ia terbina... satu persoalan yang wajar dicungkil rahsianya oleh generasi hari ini.

Khazanah sejarah dari ketamadunan Islam ini satu perkara yang boleh dibincangkan dan iktibar yang boleh kita perolehi darinya... Justeru satu diskusi/wacana 'online' akan dibawakan kepada anda bagi mengungkap sejarah ini oleh rakan2 penggerak GPTD yang akan berkonsi pengalaman dan pengembaraan mereka....

Tarikh:14 Mac 2010/ 28 Rabiulawal (Ahad-Tarikh UK) -15 Mac / 29 Rabiulawal (Isnin-Tarikh Malaysia)

Masa: 8 malam - 9.15 malam (Waktu UK) / 4 pagi - 5.15 pagi (waktu Malaysia)
Boleh periksa masa anda melalui: http://www.timezoneconverter.com/cgi-bin/tzc.tzc


Medium Perbincangan: http://misgtv.blogspot.com/

(sila buka web site ini untuk maklumat 'online') Room & Online TV akan dibuka dari jam 7:00 malam waktu UK.


Pembicara :

a. Saudara Jufitri Joha - Pengerusi GPTD (http://gptderopah.ning.com/video/promo-pengenalangptd)

b. Saudara Muhammad Suhail Ahmad - Presiden GPTD / Relawan GPTD di Guongzhou, China / Pengerusi Kelab Laksamana Cheng Ho GPTD

c. Saudara Izwan Suhadak - Penasihat Kelab Hamka, GPTD Unisel / Naib Presiden GPTD

d. Saudara Faiz Mas Darwin - Relawan GPTD di Istanbul, Turki

e. Saudara Bayfateh Faizul Afzan - Pengerusi Grup al-Fateh / Pengerusi GPTD Kelantan

f. Saudara Zul Amin - Pengerusi Generasi Jil Salahudiin Al-Ayyubi

g. Saudara Shazni Abdullah - Relawan GPTD di Syria / Timbalan Presiden GPTD

h. Saudara Addawiyah Salim - Koresponden GPTD di UK


Sebagai muqaddimah... sila tonton youtube ini untuk menyegarkan minda anda:
http://misgtv.blogspot.com/2010/03/best-thing-west-do-about-islam.html

Maklumat lanjut atau sebarang permasalahan sila hantar kepada: misgabim@gmail.com atau misg.online@gmail.com

Oleh:
Sekretariat MISG ABIM UK & GPTD Eropah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera;

Bersama ini dilampirkan Buku Penerangan & Keterangan Isu Kalimah Allah, yang dikeluarkan oleh ABIM Pusat (Diedit edisi UK dengan beberapa penambahan artikel). Buku ini memuatkan koleksi artikel-artikel yang berkaitan dengan isu ini untuk maklumat dan perhatian masyarakat. Jelas ramai yang keliru tentang isu ini dan kurang memahami masalah isu pokok, kelebihan istilah Allah dalam konteks Islam, penggunaan kalimah sebelum Islam, mengapa definisi perkataan penting?, hukum dan persoalan undang-undang yang melatarinya.

Hakikatnya, isu ini perlu ditangani dengan kefahaman ilmu, hikmah dan kebijakan, bukan dengan emosi dan tindakan melulu yang membelakangkan undang-undang. Formula kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai ciri2 tersendiri dengan semangat toleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain, wajar dihayati.

MISG ABIM UK-EIRE, terpanggil mengedarkan dokumen/buku ini untuk maklumat semua (edisi UK). Semoga ada manfaatnya, InsyaAllah.
Ada 2 versi pada attachment:
Versi 1 : Untuk view di PDF
Versi 2 : Print Version - Telah disusun siap dalam bentuk cetakan buku.
[Sila - PRINT DOUBLE SIDE, select printer for double side print ] atau cetak dahulu kemudian fotokopi depan belakang; lipat dua setelah selesai]

Bagi yang mengakses keputusan kes tersebut, sila rujuk link ini:
https://docs.google.com/fileview?id=0B9HYypGnqBdxNzlhMGNmMmYtYzk1Yy00M2UxLWE1YjctYjJkYjAxYWM1YTgz&hl=en

Berikut adalah koleksi youtube rakaman program di Malaysia yang disampaikan oleh Dr Farid Shahran anjuran PKPIM.

Hakikat pengunaan kalimah Allah satu penjelasan - Dr Farid Shahran
Dr. Farid merupakan mantan Timbalan Presiden ABIM dan Pensyarah UIAM.
Siri 1 : http://www.youtube.com/watch?v=BMQan9CksvA&feature=related
Siri 2 :http://www.youtube.com/watch?v=HbzjixwOemk&feature=channel
Siri 3 :http://www.youtube.com/watch?v=_cMt7e9lzWI&feature=channel
Siri 4 :http://www.youtube.com/watch?v=wmIbbx3-fMk&feature=channel
Siri 5 :http://www.youtube.com/watch?v=U-mPoaraWD0&feature=channel
Siri 6 :http://www.youtube.com/watch?v=8tEolJKNvJs&feature=channel

Video lain: Pandangan Datuk Dr Haron Din tentang isu kalimah Allah
http://www.youtube.com/watch?v=N06ntSLtb_4&feature=related

Petisyen Bantahan Online:
http://www.muslimconsumer.org.my/herald/




MISG ABIM UK-EIRE
"HIDUP BIAR BERJASA"

Usrah Bulan Februari dan Program Bersama Komuniti di Leeds

Assalammualaikum;

MISG ABIM UK-EIRE ingin mengajak rakan-rakan untuk hadir ke program berikut:

Usrah Bulanan MISG (Februari/Safar 1431H)
Tarikh: 6 Februari 2010 / 22 Safar 1431H (Sabtu)
Mula jam 1:00 tgh di rumah Amirul.
Alamat: No 16 Well Close Rise LS7 1HT Leeds.





Alhamdulillah, pihak AJK leeds telah sama-sama memberi kerjasama untuk mengadakan majlis bersama kita pada 6hb Februari nanti. Berikut adalah maklumat penuh program Forum Maulidur Rasul yang akan diadakan di Leeds, Insya Allah.

Tarikh : 6 Februari 2010/Sabtu
Tempat : Green Room, University of Leeds
Masa : 4.30-7.00 malam
Tajuk Forum :'' MAULIDUR RASUL : PENGERTIAN DAN AMALAN''

Panelis :
1) Ustaz Hj Daud Norakit - Leeds
2) Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Salleh - Stoke
3) Ustaz Hasri Harun - Sheffield
Moderator : Ustaz Ferdaus - Leeds

Aturcara Forum :

4:30 ptg: ketibaan komuniti Leeds
4:50 : ketibaan para jemputan
4:45 : solat maghrib berjemaaah
5:00 : Ucapan alu-aluan oleh wakil komuniti Leeds/ Wakil ABIM
: sesi pengenalan para panel dan moderator

5: 10 : Sesi forum :tajuk : Maulidurrasul, Pengertian dan Amalan

5:45 :Q@A session / penggulungan hujah

6:15 :penyampain cenderahati
6:30 :solat Isyak berjemaah
6: 40 : Jamuan makan
7:00 : Bersurai

Moga sama-sama kita memeriahkan lagi majlis ini disamping merapatkan ukhuwwah sesama kita dan rakan-rakan komuniti Leeds, Insya Allah.


KENYATAAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

  1. Merujuk kepada keputusan Mahkhamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' di dalam penerbitan buletin Gereja 'Herald-The Catholic Weekly' pihak MISG-ABIM dan Eire ingin menyatakan pendirian sebagai mewakili sebahagian daripada umat Islam Malaysia yang berada di luar negara. Pihak kami ingin melahirkan kekesalan, dukacita dan sedih dengan keputusan tersebut yang dilihat mampu membuka ruang ketidakharmonian beragama di Malaysia.

  2. Secara umumnya, kami berpendirian bahawa bantahan penggunaan kalimah Allah ini bukan bermakna ianya menghalang kebebasan beragama atau mencabar hak asasi mana-mana pihak. Kami juga tidak sama sekali ingin mempersoalkan kewibawaan hanya dengan beberapa persoalan dan pemerhatian.

  3. Bantahan penggunaan kalimah Allah ini di dalam konteks masyarakat dan uruf di Malaysia adalah berdasarkan faktor etimologi bahasa yang secara keseluruhannya jauh berbeza dan terpisah daripada apa yang difahami oleh Gereja-Herald Catholi sama ada dari segi konsep, budaya mahupun metafizik, teologi dan falsafah Islam. Kebenaran menggunakan kalimah Allah sesuka hati ini tanpa melihat kepada aspek etimologi, konsep, budaya, metafizik, teologi dan falsafah ini bakal menyebabkan timbul kekeliruan di dalam beragama yang seterusnya mampu mengancam keharmonian dan keamanan dalam masyarakat awam dan komuniti Islam.

  4. Sehubungan dengan itu, kami menggesa kerajaan untuk mempercepatkan proses rayuan dan memohon menggantung perintah Mahkamah yang dikeluarkan. Di samping itu, jika perlu, kami memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu sebgai penaung agama Islam untuk membantu menyelesaikan sebarang polemik penggunaan kalimah Allah ini.

  5. Umat Islam diminta bertenang, beretika dan berakhlak serta tidak melakukan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang. Badan-badan agama dan NGO Islam juga perlu mempergiatkan dakwah dan memberikan penerangan mengenai kekeliruan yang ditimbulkan melalui penggunaan kalimah Allah ini. Sudah tiba masanya pihka berkuasa agama negeri-negeri mengguatkuasakan secara serisu Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di kalangan Orang Islam. Marilah bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala agar kedudukan Islam sebagai agama rasmi dapat dipertahankan dan dalam masa yang sama memelihara keharmonian beragama di Malaysia.

Wassalam,

Ustaz Hasri Harun
Presiden
MISG ABIM UK-EIRE

NOTIS AWAL PERHIMPUNAN MUSIM SEJUK - PMS

PERHIMPUNAN MUSIM SEJUK - PMS



Assalammualaikum,


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, Insha'Allah seperti yang diputuskan dalam pertemuan Aidilfitri yang lalu, perhimpunan Musim Sejuk MISG-ABIM akan diadakan pada 18-20 Disember 2009 di Glasgow, Scotland. (Awal Muharram 1431H) Maklumat lanjut dan aturcara program akan disusulkan.


Mula - petang Jumaat (18/12/2009)

Akhir - petang Ahad (20/12/2009)

Tempat : di bandar Glasgow atau Loch Lomond (pinggiran Glasgow)


Insha'Allah program yang diisi akan padat dan menarik. Pihak urusetia juga sedang mendapatkan tempat yang bersesuaian agar keluarga boleh dilibatkan. Kita akan atur ada program untuk peserta dan anak-anak untuk kanak-kanak dan remaja.


Selain itu, program ini juga akan disesuaikan dengan aspirasi pelbagai genre umur melibatkan "undergraduate" dan "postgraduate", yang penting ada manfaat dan hikmah untuk kita bersama. Insha'Allah kita akan ada sesi bersama tokoh gerakan Islam di UK seperti Dr Kamal Herbawi (dalam perbincangan), Sheikh Ridzuan (Glasgow), wakil ABIM pusat, Prof Madya Dr Abd Halim-elMuhammady (hadir), Dr Ku Azam Tuan Lonik dan banyak lagi...


PMS kali ini di Scotland pastinya dalam musim sejuk, justeru mungkin ini peluang untuk bersiar-siar ke "Highland of Scotland" untuk bermain salji disana. Justeru kepada sesiapa yang berminat, insha'Allah selepas 20hb Disember boleh diaturkan untuk ke kawasan-kawasan tanah tinggi Scotland anataranya Inverness dan lain-lain. (Perancangan diatur sendiri tetapi sahabat di Glasgow boleh membantu). Jika ada yang berhasrat hendak duduk sehari dua di Glasgow, Insha'Allah kita boleh aturkan program keluarga angkat dengan sahabat-sahabat disini.




Mohon kerjasama untuk semua melapangkan masa dan mencari tiket/pengangkutan yang bersesuaian.


Pengangkutan:


  1. Kereta - Bandar Glasgow (poskod akan diberi)
  2. Bas - Central Station Glasgow
  3. Kapal Terbang - pilihan esyjet/ryainair (Glasgow International Airport/Preswick Airport)
  4. Train - National Train/Virgin (Center Station Glasgow)


Justeru, jangan lepaskan peluang ini......JUMPA ANDA DISANA...Insha'Allah...














KULIYYAH TA'DIB ISLAMI ONLINE

JEMPUTAN KULIYYAH TA'DIB ISLAMI ONLINE

"Cabaran Global Terhadap Ilmuan Islam"

Al-fadhil Ustaz Ahmad Yunus Mohd Noor, Durham, UK


25 November 2009 (Rabu)

8:00 malam (Waktu UK)

Paltalk :http://www.paltalk.com/g2/group/1203080071
USTREAM . TV:
http://www.ustream.tv/channel/kuliyyah-tadib-islami-online


Kuliah Ta'dib Islami Online anjuran MISG-ABIM UK-EIRE akan diadakan secara berkala dari semasa ke semasa. InsyaAllah.


Assalammualaikum wbt. wrt.

Dijemput memanfaatkan
Kuliyyah Ta'dib Islami Online sepertimana berikut: (Terbuka kepada semua)

Tarikh: 25 November 2009 (Rabu)

Masa: 8:00 malam (waktu UK)
Semak perbezaan waktu:
http://www.timeanddate.com/worldclock/converter.html


LOKASI/MEDIUM:

Kuliah ini akan menggunakan PALTALK sebagai medium utama, namun ia boleh diakses secara 'online streaming' melalui USTREAM.TV.

Paltalk
(audio shj interaksi bersama penceramah): (Panduan sila rujuk dibawah) (Chat Room : KuliahTa'dib Islami Online, dibuka jam 7: 30 malam) http://chat.paltalk.com/g2/group/1242827625/ViewAllMembers.wmt

USTREAM . TV
(berbetuk web TV) (tidak perlu mendaftar): (Visual/Audio/Chat)

http://www.ustream.tv/channel/kuliyyah-tadib-islami-online

(Dicadangkaan penggunaan kedua2 medium bagi interaksi dan gambar (video), namun jika menggunakan dua medium, salah satu audio perlu dipadamkamkan/'mute')


Agenda:

- 7:30 mlm - 'Chat Room' dibuka (Anda akan mendengar nashid/montaj/ujian suara) & 'chat' dengan moderator

- 8:00 mlm - Kuliah bermula

- 8:45 mlm - Sesi soal jawab (melalui PALTALK)

- 9:30 mlm - Majlis ditamatkan (selewatnya jam 10:00 malam)

Penyampai:


Al-fadhil Ustaz Ahmad Yunus Mohd Noor, Durham, UK

Pelajar PhD di University of Durham, UK, (Islamic & Middle Eastern Studies, School of Government and International Affairs). Pernah berkhidmat sebagai Guru Pendidikan Agama di Sekolah ABIM - SERI Al-HUDA, Gombak - 6 bulan, Pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - 5 tahun (Department of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences), dan kini sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia - 2 tahun (Faculty of Islamic Studies - Department of Theology & Philosophy). Beliau telah berkeluarga dengan seorang isteri dan 3 orang anak.


Tempat:
Paltalk (Chat Room: Kuliah Ta'dib Islami Online)(sila rujuk arahan dibawah) * Kuliahmenggunakan Paltalk kerana lebih jelas, mudah dan boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa). Anda dinasihatkan untuk membuat persediaan teknikal lebih awal. Sinopsis lanjut kuliyah / nota, mungkin disediakan nanti semasa kuliah. Arahan semasa sesi akan dikeluarkan jika anda ingin melihat penceramah secara 'live' (anda perlukan yahoo messenger).

Ringkasan Maklumat Chat Room:
(paltalk)
http://www.paltalk.com/
1. Moderator ID:
misg _online
2. Url Room (web base) :
http://express.paltalk.com/index.html?gid=1242827625

3. Download application paltalk: http://www.paltalk.com/download.shtml

4. Untuk ke 'chat room/view' - Chat Room: Kuliah Ta'dib Islami Online, secara automatik sila klik http://www.paltalk.com/g2/group/1203080071


PANDUAN PENGGUNAAN

Ada dua kaedah bagi mengikuti kuliah melalui paltalk:

1. Secara web tanpa 'download aplication Paltalkscene', sila klik ke url room berikut bagi menggunakan paltalkexpress:
http://express.paltalk.com/index.html?gid=1242827625 . Ikut arahan daftar dan 'create account'.

2. Melalui application Paltalkscene (berfungsi seperti skype/YM)(Menggunakan paltalkscene adalah lebih baik)
Downloading Paltalkscene
1. Go to
-
http://www.paltalk.com/download.shtml
atau
-
http://www.paltalk.com/start_chatting.shtml
2. Click Download now & follow instruction
3. Register and follow the instruction

Bagi menyertai
KULIAH TA'DIB ISLAMI ONLINE :

- setelah download Paltalkscene:

1. Klik ‘Add Pals’ dalam Paltalk Scene
2. Tekan Enter - Paltalk nickname (
misg_online) – the admin
3. Maklumkan anda ingin menyertai
KULIYYAH TA'DIB ISLAMI ONLINE
5. Anda akan dijemput/invite oleh 'admin'.
6 Sila tambah di 'favorite' apabila anda telah masuk ke dalam
KULIAH TA'DIBISLAMI ONLINE room, untuk akan datang.

- atau klik (to joint group) : http://chat.paltalk.com/g2/group/1242827625/ViewAllMembers.wmt


Jika ada masalah/ komen/cadangan, sila hubungi moderator melalui :
misg.online@gmail.com atau taip pesanan anda kepada id: misg_online di Paltalkscene. Untuk makluman id paltalk (misg_online) sentiasa dibuka bagi sesiapa yang ingin 'add' ID mereka lebih awal sebelum kuliah bermula.


Moderator (Abu Muhammad)

misg.online@gmail.co

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI & PROGRAM SILATURRAHIM

Salam Aidilfitri buat sahabat-sahabat semua yang menyambut Aidilfitri di perantauan. MISG-ABIM berhasrat mengadakan majlis ini sepertimana berikut:


Aturcara Program:

12:30 tgh - 4:00 ptg - Membakar Ayam/BBQ dlln & Majlis Jamuan.

5:00 ptg - Solat Asar & Pengisian (Cadangan: Dr Ku Azam Tuan Lonik & Sesi Silaturrahim)

8:00 mlm - Sesi Perbincangan & Silaturahim 2

6:00 pg - selepas Solat Subuh, Ahad, sesi Kuliah Subuh bersama pimpinan ABIM melalui Skype.


Dijemput beramai-ramai hadir menjayakan program ini. Mohon panjangkan emel ini kepada semua kenalan dan sahabat2 yang berminat untuk hadir. Sila maklumkan kehadiran terus melalui email MISG-ABIM: misgabim@gmail.com.


Jumpa di sana ..... Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


Khairul Arifin Mohd Munir
Oakfield Avenue, Glasgow,
Scotland, UK.

"HIDUP BIAR BERJASA"



KULIAH RAMADHAN ONLINE

Tema : Merungkai Dimensi Taqwa di bulan Ramadhan

Anjuran : MISG ABIM UK-EIRE


Kuliah untuk siri kali ini akan diadakan dengan kerjasama Komuniti Malaysia Glasgow (KMG). Semoga dapat dimanfaatkan InsyaAllah.


Program Kuliah Ramadhan -Santapan Rohani

Tarikh : 5 September 2009 / 15 Ramadhan 1429H (Sabtu petang)

Tempat : Siaran langsung PALTALK (PANDUAN PALTALK & USTREAM sila rujuk dibawah)

Masa : 5.30 petang - 6.45 petang (Waktu UK)

Tajuk : TAQWA -Rahmat Allah Itu Mesti Di cari.


Penyampai : Ustaz Haji Daud Norakit, dari Leeds UK.

(Penceramah telah 13 tahun berada di bumi UK, khususnya di Leeds mencurahkan khidmat baktinya membantu aktiviti dakwah dikalangan komuniti Malaysia di UK termasuk program-program anjuran MSD. Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM). Kepakaran beliau dalam pendidikan Islam, Usuluddin, Aqidah dan Tasawuf. Kini sebagai penasihat, Malaysian Community Leeds. Beliau akan mengupas tajuk tersebut disamping berkongsi pengalaman bagaimana menambahkan 'rasa' ibadah di bulan Ramadhan dalam suasana persekitaran di perantauan).


Untuk Kuliah ini dua medium akan digunakan. Digalakkan menggunakan kedua-dua saluran dan boleh digunakan serentak. Cuma sila mute salah satu bagi mengelakkan gangguan pertindihan suara. Jika ada masalah sila YM/SKYPE: ariffin77 atau emel - ariffin77@gmail.com
  1. Menggunakan USTREAM TV-MISG- http://www.ustream.tv/channel/kuliah-misg
  2. Paltalk - Kuliah Online Malaysia Glasgow. (Anjuran bersama) : http://chat.paltalk.com/g2/group/1199679857/DisplayGroupDetails.wmt

KULIAH RAMADHAN ONLINE

Tema : Merungkai Dimensi Taqwa di bulan Ramadan
Anjuran : MISG ABIM UK-EIRE


Tarikh: Siri 1
28 Ogos 2009/Jumaat
Masa : 7.00 malam

Pengisi: Ustaz Ahmad Yunus Mohd Noor (Durham)

Tajuk: Taqwa-Tips membentuk sahsiah diri

Tarikh: Siri 2
4 September 2009/Jumaat
Masa : 7.00 malam

Pengisi: Ustaz Hj Daud Norakit (Leeds)

Tajuk: Taqwa-Rahmat Allah itu mesti dicari

Tarikh: Siri 3
11 September 2009/Jumaat
Masa : 7.00 malam

Pengisi: Ustaz Hasri Harun (Sheffield)

Tajuk: Taqwa-Bagaimana mengecapi keampunan Allah

PERSEDIAAN MENJELANG RAMADAN

Oleh : Hasri Harun

Setiap tahun kita akan sama-sama menyambut kehadiran ramadan al-mubarak dengan penuh rasa tawaduk dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama merebut peluang bulan yang penuh keberkatan ini. Seperti mana bulan-bulan yang lain dalam islam , Ramadan menjanjikan ruang dan peluang kepada kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran Allah yang datang setahun sekali. Jika diukur dan dinilai sebab mengapa Allah memberikan peluang dibulan Ramadan untuk kita beribadah sudah pastilah tidak mampu untuk menjawabnya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Cuma yang pasti hikmah dan rahsia disebaliknya akan ada jika kita mengenali apakah itu Ramadan, rahsia disebalik amalann yang mulia ini.

Semua orang mengetahui bahawa Ramadan adalah bulan untuk menilai ketaqwaan terhadap Allah Taala. Firmannya dalam surah al Baqarah ayat 183: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. Pernahkah kita fikirkan taqwa yang bagaimanakah yang perlu kita cari dan bentuk dalam diri kita, persoalan untuk kita membentuk jiwa muttaqin dalam diri . Ungkapan taqwa yang difahami secara mudah memberi erti takut adalah antara garisan paling asas dan awal memahami taqwa yang sebenar. Namun takutnya kita kepada Allah itu bagaimana? Adakah takut dalam erti bahasa yang longgar sepertimana orang takut hantu, jembalang dan sebagainya? atau takut dengan penuh inti dan makna sebenar. Yang jelas taqwa membawa erti takut dengan ilmu dan iman yang jitu kepada Allah. Justeru jika takut yang kita rasai semata-mata tanpa ilmu maka ketakutan tidak membawa erti apa-apa. Justeru yang harus diambil kefahaman dalam konteks ramadan ini adalah Pertama memahami apakah makna taqwa sebenar dalam hidup kita. Harus dicari makna tersebut. Kedua melihat secara teliti ciri orang taqwa dizaman nabi dan sahabat. Mencungkil tabiat orang bertaqwa sebenarnya untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian dan ketiga mengamalkan sifat-sifat dikalangan para ulama dan para solehin bagaimana mereka mempertahankan jiwa muttaqin.

Apakah rahsia mengekalkan jiwa taqwa agar ianya sentiasa segar dan bermakna dalam hidup. Barulah kita dapat merasai nikmat taqwa dalam bulan ramdan ini. Ini bermakna Ramadan memberi satu wahana mengetuk pintu hati manusia supaya mereka membuat muhasabah , mencari dimana pintu taqwa dalam diri mereka.

Ramadan juga mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa segar dengan tazkiyah l-nafs ( penyucian jiwa). Firman Allah dalam surah al-syams ayat 7-10 ’’Dan jiwa serta penyempurnaan (ciptaanNya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya." Penyucian ertinya daripada dosa dan noda sepanjang tahun. Sudah pastilah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dengan Allah walaupun tanpa disedari. Janganlah kita leka daripada dosa, mungkin kita tidak melakukan dosa-dosa besar kepada Allah namun jika dikira dengan penuh teliti barangpasti begitu banyak dosa-dosa kecil yang kita telah lakukan tatkala hati kita dilalaikan oleh hawa nafsu . Itulah sebabnya jika dihimpun segala dosa-dosa kecil yang dilakukan pasti ianya berat dan dikhuatiri akan setimpal dengan dosa besar. Nauzubillah. Itulah hakikat keampunan Allah mesti dikaut sebanyak mungkin moga dosa kecil yang kita lakukan sepanjang tahun akan diampun oleh Allah SWT. Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 135 “ Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain darpada Allah?”

Persoalan yang mungkin harus kita teliti disini adalah apakah kita merasai kita melakukan dosa? Atau jiwa kita masih bebal dengan perasaan bahawa hati kita masih bersih tanpa dosa. Sebab itu amalan yang baik dalam konteks ramadan seperti membaca al-quran, melakukan sedekah adalah antara dua amal soleh yang secara ruhaniyahnya mampu untuk menghancurkan dosa-dosa kecil kita dengn Allah. Jangan sekali-kali kita merasa mudah dengan persoalan akhirat dalam hal ini. Dosa kita dengan Allah tidak mampu kita tangani jika kita mempunyai hati yang keras seperti batu. Untuk melembutkan hati , maka amalan-amalan kerohanian adalah makanan yang paling benar untuk kejalan itu. Al-Quran sendiri boleh menjadi ubat untuk melembutkan hati. Firman Allah dalam surah ar-Ra;d “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.

Umat Islam pada hari ini sentiasa diperingatkan untuk sentiasa bersedia dengan kehadiran ramadan. Dalam hadith-hadith hadis soheh banyak memberi panduan kepada kita tentang bagaimana untuk kita bersedia dari segi mental dan fizikal dalam menyambut kehadiran ramadan yang begitu bermakna. Cuma disebalik persediaan ini kita kadangkala lupa bahawa asas dalam diri kita harus jelas bahawa amalan-amalan yang harus dilakukan itu bukan semata-mata dibulan ramadan. Amalan baik yang ditetapkan sebagaimana dalam bulan ramadan juga adalah manifestasi untuk dilakukan dibulan-bulan yang lain.

Jika kita ingin menyambut kehadiran tetamu yang akan datang kerumah sudah tentulah kita akan bersiap sedia dengan segala persiapan untuk menerima kehadiran dengan baik. Persediaan termasuklah fizikal, rumah yang bersih, makanan yang sedap dan lazat dan suasana yang harmoni dan tenteram. Begitu juga persediaan mental dan jiwa, akan pasti diberikan untuk kita menyambut kehadiran tetamu kesayangan kita. Justeru begitulah dengan Ramadan, apatahlagi seharusnya lebih kerana Ramadan yang akan datang ini bukan dengan tangan kosong tetapi dengan buah tangan daripada Allah swt yang akan kekal sehingga hari akhirat.

Rasulullah Saw. juga bersabda: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu langit, menutup pintu neraka, dan membelenggu setan-setan. Di dalamnya Allah memiliki satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang diharamkan kebaikan malam itu maka ia sungguh telah diharamkan (dari kebaiakan).” (HR. Nasa’i dan Baihaki). Apakah persediaan kita untuk menyambut Ramadan.

1. Niat yang bersungguh-sungguh menerima tetamu bernama ramadan. Niat yang baik sebelum kehadiran ramadan adalah amalan yang paling awal untuk menentukan amalan seterusnya sepanjang ramadan. Mulakan niat kita untuk melangkah bertemu ramadan semata-mata untuk mendapatkan keampunan, rahmat dan dijauhkan daripada dosa. Jika persediaan menyambut ramadan selain daripada itu, maka sudah tentulah matlamat puasa kita akan sedikit tersasar. Niat apakah yang mesti kita bina, antaranya adalah niatkan diri kita semoga diri kita akan dapat melaksanakan ibadah berpuasa dengan baik. Dijauhkan diri kita daripada amalan-amalan yang bertentangan dengan islam, membazir, diberi kekuatan oleh Allah untuk mengawal diri daripada melakukan amalan-amalan yang boleh merosakkan pahala puasa kita.

2. Kembali membuat muhasabah tentang amalan, sejarah, praktis ramadan. Sememangnya untuk mendapat rahmat Allah tidak semudah nya jika kita tidak mempunyai ilmu. Justeru kembali muhasabah amalan puasa, mengetahui perkara-perkara yang haram, harus, makruh dalam ibadah puasa adalah amat penting bagi mengelakkan kita alpa dan ambil sambil lewa tentang melaksanakan ibadah puasa. Jangan kita jadi seperti setengah orang melaksanakan ibadah puasa setakat mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Oleh kerana itu ilmu dalam ibadah puasa amat pentign sebagai satu syarat untuk menjadi mukmin yang diterima ibadahnya disisi Allah.

Selain elemen pembentukan aqidah, mendekatkan diri, taqarrub ilallah. Ramadan diibaratkan sebagai bulan tarbiyyah. Bulan mendidik jiwa dan nurani untuk hampir dengan yang Maha Pencipta. Ramadan jika dihayati falsafahnya mampu membentuk insan yang hidup jiwa dan nuraninya . Bukan semata-mata melahirkan manusia yang kuat jiwa dan akalnya malah amalan jasmaninya juga terbina nilai-nilai murni. Ramadan melahirkan insan yang kasih kepada manusia lain. Memberi orang lain makanan untuk berbuka puasa adalah salah satu amalan jihad kecil untuk melahirkan insan yang kasih dan saling membantu orang lain yang lebih memerlukan. Jika kita sememangnya tidak mempunyai masalah tentang harta, makanan, pakaian, dibulan ramadanlah kita digalakkan untuk mencari fakir miskin dan memberi mereka sedikit kesenangan semata-mata untuk Allah SWT. Tanda kasih dan sayang tidak mudah wujud dengan memberi orang lain makan melainkan kita faham akan konsep taqarrub ilallahi. Niat dan sikap kita semata-mata untuk Tuhan yagn maha pencipta.

Jika kita bicara tentang bulan ramadan, sudah tidak dapat dipisahkan lagi bahawa ramadan adalah bulan tarbiyyah. Bulan dimana umat dilatih untuk membentuk jiwa dan akal mereka agar dekat dengan Tuhannya. Bulan dimana hati-hati mereka dididik agar sentiasa tunduk dan patuh kepada perentah Allah. Proses tarbiyyah tidak dapat lari daripada 3 elemen merangkumi aspek tansyiah (pembentukan), ri’ayah( pemeliharaan) dan tanmiyyah ( pengembangan). Bagaimana untuk kita melihat ramadan menjadi sumber utama membentuk insan yang lahir daripada tarbiyyah ramadan.

a. Tansyiah (pembentukan) Ramadan banyak sekali membentang proses membentuk insan yang hebat ketika dalam bulan ramadan. Amalan-amalan seperti qiyamullail, bersedekah adalah antara proses tarbiyah yang begitu besar nilainya disisi Allah dan jika dilaksanakan maka ianya dapat membentuk jiwa hebat. Ramadan membentuk sifat berkualiti membentuk akal, minda dan ruh agar sentiasa tdak kikir dalam menyumbang ilmu, harta .Begitu juga ramadan mendidik insan agar tidak bongkak dan takabur dengan amalan harian. Disinilah ramadan menjadi satu platfom membentuk sahsiah insan agar sentiasa dilakukan dalam bulan ramadan apatahlagi dapat diamalkan diluar ramadan. Sudah pastilah Ramadan adalah platform membentuk diri agar hampir dengan Allah.

b. Ri’ayah ( pemeliharaan) Amalan-amalan sunat yang dilaksanakan dalam bulan ramadan bukan sahaja satu proses bersifat sementara. Ia harus diteruskan dan dilaksanakan dan menjadi amalan dalam kehidupan. Tidak berguna satu-satu amalan jika ianya tidka diteruskan dalam segenap kehidupan apatahlagi ianya digalakan dan dituntut oleh islam. Maka tarbiyyah ramadan juga mengambil kira proses memelihara agar ilmu dan amalan ramadan dapat memberi kesan berpanjangan dlam hidup. Tarbiyah tidak akan tercerna jika setiap amalan tidak dipelihara. Tarbiyah dan pemeliharaan dalam konteks amalan amatlah penting. Setiap amalan yang baik mestilah dipelihara.

c. Tanmiyyah ( pengembangan) Tidak cukup dengan amalan pemeliharaannya dalam kontesk amalan ramadan ,ia harus dikembangkan dengan baik dan dilakukan dengan penuh tulus kerana Allah. Justeru membina kekuatan dalam bulan ramadan adalah perkara utama membina jiwa insan yang murni dan sentiasa diberi petunjuk oleh Allah agar kita sentiasa segar dan bersedia untuk mendepani cabaran diluar ramadan

Kesimpulannya, apa pun cabaran yang dilalui sepanjang ramadan haruslah kita telaah bagaimana harus kita mengemaskini diri kita, keluarga, masyarakat untuk menerima kehadiran ramadan dengan jiwa yang tulus dan ikhlas kerana Allah. Kehadiran ramadan yang silih berganti setiap tahun haruslah kita lihat dengan mata hati dimana yang harus kita mantapkan. Apakah amalan-amalan kerohanian yang sedikit ketinggalan yang tidak kita lakukan sebelum ini harus kita tingkatkan? Atau aspek mana yang wajar kita tingkatkan. Pemikiran sebegini mesti kita tanam semata-mata mendapat mardhatillah. Jika kehadiran ramadan ini semata-mata untuk berpuasa tanpa ada niat peningkatan maka wajar kita renung hadith yang bicara bahawa berapa ramai orang beriman yang berpuasa dan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Tidakkah golongan dikalangan mereka yang rugi?

Kenyataan Media 3 Ogos 2009 / 11 Syaaban 1430 H - ABIM Gesa Kerajaan Percepatkan Proses Penggubalan Undang-Undang Baru Menggantikan ISA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesa pihak kerajaan mempercepatkan tindakan bagi proses penggubalan undang-undang baru bagi mengantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Ini bagi memastikan supaya kegiatan protes terhadap ISA oleh sebahagian dari anggota masyarakat di negara ini, sebagaimana yang telah berlaku baru-baru ini dapat dielakkan dari berterusan.

Antara tindakan segera yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mempercepatkan proses penggubalan undang-undang baru mengantikan ISA ini adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh tokoh-tokoh dari pelbagai sektor masyarakat, meliputi pihak kerajaan, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pihak kerajaan tidak haris memandang ringan protes-protes yang dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat ini sebagaimana yang terjadi kelmarin kerana ia merupakan manifestasi bantahan terhadap perlaksanaan ISA yang dilihat telah banyak melanggar batas-batas hak asasi warganegara dari kerangka perlembagaan.

ABIM juga ingin meminta masyarakat supaya memberi peluang dan masa kepada pihak kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, yang telah membuat kenyataan rasmi untuk membuat kajian semula terhadap akta ini, menyempurnakan janjinya. Ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat terbanyak hendaklah dipelihara oleh semua pihak.

ABIM ingin terus mempertegaskan sikapnya pada sebelum ini iaitu ISA hendaklah dihapuskan kerana ia bertentangan dengan tuntutan agama dan perlembagaan Malaysia.

'Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan'

MUHAMAD RAZAK IDRIS
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

MEMPERKUKUH WADAH GERAKAN : CABARAN KEPIMPINAN BARU ABIM 2009-2011

MISG ABIM UK Eire mengucap tahniah dan syabas kepada semua pimpinan baru Angkatan Belia Islam Malaysia 2009-2011 yang telah diputuskan dalam Muktamar Sanawi ke-38 baru-baru ini. Semoga dengan perlantikan ini akan dapat teruskan segala usaha-usaha dakwah yang telah dimulakan oleh mantan-mantan pimpinan lalu disamping memberi nilai tambah (added-value) kepada usaha-usaha tersebut.

Sesungguhnya perubahan kepimpinan adalah sunnah dalam perjuangan. Namun perubahan yang berlaku tidaklah seharusnya membantutkan segala usaha dan perjuangan kerana penerusan kearah kebaikan harus diperkasa walau sesiapa pun yang memegang tampuk kepimpinan. Oleh yang demikian masing-masing mempunyai hak dan tanggugjawab dalam melaksanakan tugas.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggugjawab yang diamanahkan di dalamnya." Riwayat Muslim

Kepimpinan mempunyai hak untuk mendapatkan wala' daripada ahli keseluruhan bagi menjamin segala usaha dan perancangan mendapat sambutan yang kuat daripada ahli manakala tanggugjawab kepimpinan untuk memajukan usaha dakwah, memimpin ahli kearah kebaikan harus sentiasa dimantapkan. Begitu juga ahli disemua peringkat haruslah ikhlas dalam memberi ketaatan kepada kepimpinan. Jangan wujud suasana yang tidak selesa dalam gerakan. Wujudkan suasana mahabbah dan tolenrasi yang murni sesama kita kerana jalan perjuangan ABIM masih jauh dan kita masih mengayuh perjalanan dakwah untuk sampai ke destinasi yang masih belum kita nampak. Justeru, kepimpinan dan kepemimpinan harus diperkasa. Dalam suasana perubahan dalam konteks ABIM saya percaya kita makin matang untuk mendepani cabaran. Kita harus matang dalam menangani perubahan. Insya Allah usaha kita untuk tampil sebagai wadah perjuagan umat dan belia di Malaysia akan sentiasa di rasai oleh umat tidak kira dimana kita berada.

Marilah sama-sama kita dikalangan ahli dan pimpinan renungi ingatan Allah SWT akan cabaran kepimpinan dan bagaimana kita harus menyuntik semangat perjuangan kita dalam gerakan tercinta ini:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan Yang terbunuh. (balasan syurga Yang sedemikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar." (At -Taubah, 9:111)

Kepada kepimpinan baru, sama-sama kita berusaha memperkukuh wadah gerakan ABIM dengan baik. Saya percaya insan-insan yang diposisikan dalam kepimpinan hari ini adalah mereka yang punyai kualiti yang hebat dan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Serlahkan kepimpinan anda dengan baik dan kukuhkan gerakan kita untuk masa depan umat yang kita cintai. Saya doakan semoga usaha meneruskan risalah nubuwwah ini akan diberkati oleh Allah SWT.

Wajah Baru, Suara Baru, Belia Baru




Hasri Harun
Presiden

Barisan Kepimpinan baru ABIM 2009-2011

Presiden :

Muhammad Razak Idris

Timbalan Presiden :

Amidi Abd Manan

Naib Presiden :

Ahmad Saparuddin Yusup (Kebangsaan)

Khairul Faiz Morat (Antarabangsa)

Fadhlina Siddiq (Helwa)

Setiausaha Agung :

Muhd Raimi Abd Rahim

Setiusaha Kewangan :

P.Aizan Tukirin

Penolong Setiusaha Agung :

Maria Kamel

Ketua Biro Dakwah :

Naim Mohd Noor

Ketua Biro Penerangan :

Mhd Hilmi Ramli

Ketua Biro Pembangunan Sosial :

Akmal Hisham Abdul Rahim

Ketua Biro Penyelidikan :

Fauwaz Hasbullah

Ketua Biro Penataran :

Abdul Razak Aripin

Ketua Biro Pendidikan :

Dr Haslinda Abdullah

Ketua Biro Ikhtisas :

Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kesihatan) :

Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Latihan) :

Noryzal Zainal Abidin

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Antarabangsa) :

Jufitri Joha

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (IT dan Perhubungan) :

Adli Abdul Wahab


Selamat Bermuktamar

13 Julai 2009- United Kingdom. Seluruh pimpinan MISG ABIM UK Eire 2009 ingin mengucapkan selamat berseminar dan bermuktamar kepada Seluruh Warga Besar ABIM di Malaysia. Semoga Muktamar kali ke-38 pada tahun ini akan menjadi medan muhasabah gerakan kita untuk terus perkasa dalam mengemudi agenda dakwah di Negara Malaysia.

Sesungguhnya dakwah yang kita laksanakan ini adalah medan yang memerlukan semangat yang tinggi selain perancangan yang teratur dan terancang. Sesungguhnya gerakan kita bukan semata-mata mengisi agenda pembangunan ummah bahkan tugas ABIM adalah selaras dengan tuntutan meneruskan risalah nubuwwah menyampaikan yang hak dan menolak yang bathil disamping membentuk ummah yang cemerlang dan gemilang.

Kekuatan gerakan abim bukan sahaja dibina melalui kekuatan jasmaniyyah semata-mata namun perlu diberi perhatian bahawa gerakan kita adalah gabungan kekuatan jasmaniyyah, akliyah dan ruhiyyah. Justeru ABIM harus kembali mengukuhkan semangat perjuangan dengan lebih jitu dalam suasana Negara yang semakin mencabar. Suntikan ilmu, kekuatan mujahadah dan semangat dalam meneruskan dakwah harus sentiasa dipertegas dikalangan pimpinan dan ahli keseluruhannya, moga wadah abim yang telah melakar sejarah lebih 30 tahun lalu akan kembali bersinar dan terus maju dengan baik demi kekuatan islam dan agama dinegara ini.

Selamat berseminar dan bermuktamar


Hasri Harun
Presiden

) Wacana Ta’dib Islami dan Program Jelajah Ilmu bersama Dr Mohd Farid Shahran

Sheffield-Bulan Jun 2009 telah berjaya diadakan majlis Wacana Ta’dib Islami kira-kira hampir 1 minggu disekitar UK, meliputi kawasan London, Sheffield, Hull dan Nottingham. Majlis yang diisi oleh seorang tokoh akademik muda dari UIA iaitu Dr Mohd Farid Shahran, Pensyarah Jabatan usuluddin dan perbandingan agama. Beliau juga adalah Timbalan Presiden ABIM Malaysia. Siri Wacana ini telah dimulakan di Sheffield pada 9 Jun 2009 bertempat di rumah Sdr Presiden, Ustaz Hasri Harun. Kuliah Ta’dib Islami yang bertajuk Islam dan Sekularisme:Cabaran para pendidik telah menjadi topik kuliah yang disampaikan hamper 2 jam dan mendapat respon yang cukup menggalakkan. Seramai lebih 20 orang ahli-ahli persatuan dan pelajar Malaysia Sheffield menghadiri kuliah tersebut.


Pada hari berikutnya iaitu pada 10 Jun 2009 , sesi kedua, kuliah ta’dib islami diadakan di University of Nottingham. Majlis diadakan di Portland Building, Universiti dengan dihadiri oleh pelajar-pelajar undergraduate. Wacana membicarakan tassawur islami yang membincangkan gambaran besar peranan ilmu dan hakikat menurut islam. Hari ketiga siri jelajah ilmu turut diadakan di dewan solat MSD London bersama-sama dengan komuniti melayu London. Turut hadir pada majlis tersebut, Attache pendidikan ( agama ) Ustaz Erfino Johari. Sebelum kuliah disampaikan , telah diadakan bacaan yaasin secara beramai-ramai.



Pada hari keempat, siri wacana dan jelajah ilmu diteruskan di Hull. Dua sesi telah diadakan. Pertama adalah Majlis Motivasi Phd dikalangan warga postgraduate university of Hull. Majlis diadakan disalah sebuah rumah pelajar. Pada hari berikutnya iaitu hari sabtu 13 Jun 2009 telah diadakan wacana besar-besaran bersama Komuniti melayu Hull. Majlis diserikan oleh Forum /Wacana membincangkan tentang Isu kebangkitan Islam dan generasi berdasarkan buku tulisan Dr Majid Kaylani. Forum tersebut telah membariskan Dr Mohd Farid Shahran sendiri digandingkan denga Ust Erfino Johari. Wacana/Forum telah dipengerusikan oleh Ustaz Hasri Harun sendiri.


Kira-kira seminggu perjalanan, penganjuran majlis ini telah memberi kesan yang cukup mendalam kepada ahli dan warga melayu disekitar UK ini. Moga dengan penganjuran ini akan menyemarak lagi usaha meletakan ilmu dan saling bertukar-tukar maklumat sesama pelajar dan warga melayu di bumi UK bertuah ini. Bagi pihak MISG ABIM UK selaku pengajur mengucapkan selamat dan terima kasih kepada Dr Mohd Farid atas kesediaan mengisi program-program yang telah diatur. Semoga bantuan dan usaha yang diberikan diberkati oleh Allah swt. Kepada semua ajk yang mengurus program ini sehingga berjaya semoga allah membalas segala bantuan dan sokongan anda.

Takziah Ust Erfino sekeluarga

17 Jun – London : Seluruh Pimpinan MISG ABIM UK-Eire mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz erfino Johari, Attache Pendidikan (Agama) MSD London atas kepulangan kerahmatullah bonda mertua pada hari ahad yang lalu. Sesungguhnya janji telah ditetapkan Allah kepada hambanya telah pun ditentukan walau dimana kita berada. Justeru pihak MISG juga diwakili Presidennya Ustaz Hasri Harun, timbalan Presiden, Sdr Shafuddin Mohd Yatim dan Bendahari Sdr, Ahmad Razin Zainal Abidin telah segera menghadiri majlis bacaan tahlil atas kematian bonda mertua ustaz erfino pada hari selasa, 16 jun 2009 bertempat diDewan Sembahyang MSD London bermula jam 7.30 malam. Majlis dimulai dengan ucapan ringkas daripada ustaz erfino yang menceritakan perkembangan semasa urusan jenazah dan ucapan kesyukuran atas bantuan dan sokongan semua pihak kepada beliau sekeluarga. Seterusnya majlis bacaan yaasin dan tahlil dimulakan dengan dipimpin sendiri oleh Ustaz Erfino Johari.

Mari sama-sama kita mendoakan semoga keluarga Ustaz Erfino dan isteri akan sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan atas ujian Allah yang telah menimpa. Selamat kita ucapkan kepada Ustaz sekeluarga yang telah pulang ke Malaysia bagi mengiringi jenazah untuk urusan pengkebumian diMalaysia nanti.Semoga segalanya menjadi iktibar dan semangat bagi kita untuk meneruskan hidup dengan melakukan amal soleh sebelum menemui Allah satu hari nanti.


Hasri Harun

Presiden

Jemputan Program



* Ralat- Pembetulan tarikh program di dalam poster adalah 13 jun 2009.





Program : Wacana Ta'dib Islami

Anjuran Bersama: Kelab Melayu Hull, dan MISG-ABIM UK & Eire

Tarikh: 13hb Jun 2009 (Sabtu)

Tempat: North Community Hall, 37th Ave. HU6 8AU Hull

Masa: 1.30 petang – 5.30 petang