Pages

Selamat Bermuktamar

13 Julai 2009- United Kingdom. Seluruh pimpinan MISG ABIM UK Eire 2009 ingin mengucapkan selamat berseminar dan bermuktamar kepada Seluruh Warga Besar ABIM di Malaysia. Semoga Muktamar kali ke-38 pada tahun ini akan menjadi medan muhasabah gerakan kita untuk terus perkasa dalam mengemudi agenda dakwah di Negara Malaysia.

Sesungguhnya dakwah yang kita laksanakan ini adalah medan yang memerlukan semangat yang tinggi selain perancangan yang teratur dan terancang. Sesungguhnya gerakan kita bukan semata-mata mengisi agenda pembangunan ummah bahkan tugas ABIM adalah selaras dengan tuntutan meneruskan risalah nubuwwah menyampaikan yang hak dan menolak yang bathil disamping membentuk ummah yang cemerlang dan gemilang.

Kekuatan gerakan abim bukan sahaja dibina melalui kekuatan jasmaniyyah semata-mata namun perlu diberi perhatian bahawa gerakan kita adalah gabungan kekuatan jasmaniyyah, akliyah dan ruhiyyah. Justeru ABIM harus kembali mengukuhkan semangat perjuangan dengan lebih jitu dalam suasana Negara yang semakin mencabar. Suntikan ilmu, kekuatan mujahadah dan semangat dalam meneruskan dakwah harus sentiasa dipertegas dikalangan pimpinan dan ahli keseluruhannya, moga wadah abim yang telah melakar sejarah lebih 30 tahun lalu akan kembali bersinar dan terus maju dengan baik demi kekuatan islam dan agama dinegara ini.

Selamat berseminar dan bermuktamar


Hasri Harun
Presiden

) Wacana Ta’dib Islami dan Program Jelajah Ilmu bersama Dr Mohd Farid Shahran

Sheffield-Bulan Jun 2009 telah berjaya diadakan majlis Wacana Ta’dib Islami kira-kira hampir 1 minggu disekitar UK, meliputi kawasan London, Sheffield, Hull dan Nottingham. Majlis yang diisi oleh seorang tokoh akademik muda dari UIA iaitu Dr Mohd Farid Shahran, Pensyarah Jabatan usuluddin dan perbandingan agama. Beliau juga adalah Timbalan Presiden ABIM Malaysia. Siri Wacana ini telah dimulakan di Sheffield pada 9 Jun 2009 bertempat di rumah Sdr Presiden, Ustaz Hasri Harun. Kuliah Ta’dib Islami yang bertajuk Islam dan Sekularisme:Cabaran para pendidik telah menjadi topik kuliah yang disampaikan hamper 2 jam dan mendapat respon yang cukup menggalakkan. Seramai lebih 20 orang ahli-ahli persatuan dan pelajar Malaysia Sheffield menghadiri kuliah tersebut.


Pada hari berikutnya iaitu pada 10 Jun 2009 , sesi kedua, kuliah ta’dib islami diadakan di University of Nottingham. Majlis diadakan di Portland Building, Universiti dengan dihadiri oleh pelajar-pelajar undergraduate. Wacana membicarakan tassawur islami yang membincangkan gambaran besar peranan ilmu dan hakikat menurut islam. Hari ketiga siri jelajah ilmu turut diadakan di dewan solat MSD London bersama-sama dengan komuniti melayu London. Turut hadir pada majlis tersebut, Attache pendidikan ( agama ) Ustaz Erfino Johari. Sebelum kuliah disampaikan , telah diadakan bacaan yaasin secara beramai-ramai.



Pada hari keempat, siri wacana dan jelajah ilmu diteruskan di Hull. Dua sesi telah diadakan. Pertama adalah Majlis Motivasi Phd dikalangan warga postgraduate university of Hull. Majlis diadakan disalah sebuah rumah pelajar. Pada hari berikutnya iaitu hari sabtu 13 Jun 2009 telah diadakan wacana besar-besaran bersama Komuniti melayu Hull. Majlis diserikan oleh Forum /Wacana membincangkan tentang Isu kebangkitan Islam dan generasi berdasarkan buku tulisan Dr Majid Kaylani. Forum tersebut telah membariskan Dr Mohd Farid Shahran sendiri digandingkan denga Ust Erfino Johari. Wacana/Forum telah dipengerusikan oleh Ustaz Hasri Harun sendiri.


Kira-kira seminggu perjalanan, penganjuran majlis ini telah memberi kesan yang cukup mendalam kepada ahli dan warga melayu disekitar UK ini. Moga dengan penganjuran ini akan menyemarak lagi usaha meletakan ilmu dan saling bertukar-tukar maklumat sesama pelajar dan warga melayu di bumi UK bertuah ini. Bagi pihak MISG ABIM UK selaku pengajur mengucapkan selamat dan terima kasih kepada Dr Mohd Farid atas kesediaan mengisi program-program yang telah diatur. Semoga bantuan dan usaha yang diberikan diberkati oleh Allah swt. Kepada semua ajk yang mengurus program ini sehingga berjaya semoga allah membalas segala bantuan dan sokongan anda.

Takziah Ust Erfino sekeluarga

17 Jun – London : Seluruh Pimpinan MISG ABIM UK-Eire mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz erfino Johari, Attache Pendidikan (Agama) MSD London atas kepulangan kerahmatullah bonda mertua pada hari ahad yang lalu. Sesungguhnya janji telah ditetapkan Allah kepada hambanya telah pun ditentukan walau dimana kita berada. Justeru pihak MISG juga diwakili Presidennya Ustaz Hasri Harun, timbalan Presiden, Sdr Shafuddin Mohd Yatim dan Bendahari Sdr, Ahmad Razin Zainal Abidin telah segera menghadiri majlis bacaan tahlil atas kematian bonda mertua ustaz erfino pada hari selasa, 16 jun 2009 bertempat diDewan Sembahyang MSD London bermula jam 7.30 malam. Majlis dimulai dengan ucapan ringkas daripada ustaz erfino yang menceritakan perkembangan semasa urusan jenazah dan ucapan kesyukuran atas bantuan dan sokongan semua pihak kepada beliau sekeluarga. Seterusnya majlis bacaan yaasin dan tahlil dimulakan dengan dipimpin sendiri oleh Ustaz Erfino Johari.

Mari sama-sama kita mendoakan semoga keluarga Ustaz Erfino dan isteri akan sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan atas ujian Allah yang telah menimpa. Selamat kita ucapkan kepada Ustaz sekeluarga yang telah pulang ke Malaysia bagi mengiringi jenazah untuk urusan pengkebumian diMalaysia nanti.Semoga segalanya menjadi iktibar dan semangat bagi kita untuk meneruskan hidup dengan melakukan amal soleh sebelum menemui Allah satu hari nanti.


Hasri Harun

Presiden

Jemputan Program



* Ralat- Pembetulan tarikh program di dalam poster adalah 13 jun 2009.





Program : Wacana Ta'dib Islami

Anjuran Bersama: Kelab Melayu Hull, dan MISG-ABIM UK & Eire

Tarikh: 13hb Jun 2009 (Sabtu)

Tempat: North Community Hall, 37th Ave. HU6 8AU Hull

Masa: 1.30 petang – 5.30 petang
JEMPUTAN KULIYYAH TA'DIB ISLAMI ONLINE
Tajuk: Al-Fatihah-Membentuk Jiwa Murni Dekat Dengan Ilahi
25 April 2009 bersamaan 29 Rabiul Akhir 1430H (Sabtu)
9:00 malam (Waktu UK)
Paltalk : http://chat.paltalk.com/g2/group/1242827625/ViewAllMembers.wmt
USTREAM . TV: http://www.ustream.tv/channel/kuliyyah-tadib-islami-online


Kuliah Ta'dib Islami Online anjuran MISG-ABIM UK-EIRE akan diadakan secara berkala dari semasa ke semasa. Rancangan awal sebulan sekali. InsyaAllah.



Assalammualaikum wbt. wrt.

Dijemput memanfaatkan Kuliyyah Ta'dib Islami Online sepertimana berikut: (Terbuka kepada semua)

Tarikh: 25 April 2009 bersamaan 29 Rabiul Akhir 1430H (Sabtu)
Masa: 9:00 malam (waktu UK)



-LOKASI/MEDIUM-

Kuliah ini akan menggunakan PALTALK sebagai medium utama, namun ia boleh diakses secara 'online streaming' melalui USTREAM.TV.

Paltalk (audio shj interaksi bersama penceramah): (Panduan sila rujuk dibawah) (Chat Room : Kuliah Ta'dib Islami Online, dibuka jam 8:15 malam)http://chat.paltalk.com/g2/group/1242827625/ViewAllMembers.wmt

USTREAM . TV (berbetuk web TV) (tidak perlu mendaftar): (Visual/Audio/Chat)
http://www.ustream.tv/channel/kuliyyah-tadib-islami-online
(Dicadangkaan penggunaan kedua2 medium bagi interaksi dan gambar (video), namun jika menggunakan dua medium, salah satu audio perlu dipadamkamkan/'mute')



Agenda:


- 8:15 mlm - 'Chat Room' dibuka (Anda akan mendengar nashid/montaj/ujian suara) & 'chat' dengan moderator - 9:00 mlm - Kuliah bermula - 9:45 mlm - Sesi soal jawab (melalui PALTALK)
- 10:30 mlm - Majlis ditamatkan


Penyampai:











Al-fadhil Ustaz Hasri Harun, Sheffield, UK
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak. (1989-1993) Kemudian melanjutkan pengajian pra-universiti di Pusat Matrikulasi UIA pada tahun 1994-1996. Kemudian menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda di universiti yang sama . Mendapat Sarjana Muda Syariah (Fiqh & Usul Fiqh) UIAM pada tahun 2000. Kemudian melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di UKM dan mendapat Master Pengajian Islam pada tahun 2006.Beliau banyak terlibat memberi ceramah di komuniti Uk dan Malaysia sebelum ini. Presiden MISG ABIM UK-EIRE.

Tajuk:
Al-Fatihah-Membentuk Jiwa Murni Dekat Dengan Ilahi
SINOPSIS TAJUK:
Terungkap berbagai tafsir ulama mengenai al-Fatihah tentang betapa nilai-nilai dan tafsir yang membuka minda dan akal tentang kebesaran alam dan maha penciptanya. Wajah al-Fatihah yang memberi erti pembukaan bukan sahaja menafsir erti zahir yang terbuka tetapi makna erti dekat dengan penciptanya. Penuh dengan makna yang tersirat erti aqidah dan hubungan maknawi antara hamba dan penciptanya. Dalam ruang al-fatihah juga terungkap nilai motivasi mencari erti sebuah kehidupan berasaskan iman dan amal soleh. Mendekatkan diri memahami kehebatan Ilahi serta menafsir bagaimana mengenal Allah sebagai pencipta alam semesta. Akhirnya al-fatihah juga membangkitkan minda manusiawi agar memikir serta memahami akan kehidupan serta membina insan yang tampil dengan aqidah jitu dan mampu mendepani zaman.

Tempat:

Paltalk (Chat Room: Kuliah Ta'dib Islami Online)(sila rujuk arahan dibawah) * Kuliah menggunakan Paltalk kerana lebih jelas, mudah dan boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa). Anda dinasihatkan untuk membuat persediaan teknikal lebih awal. Sinopsis lanjut kuliyah / nota, mungkin disediakan nanti semasa kuliah. Arahan semasa sesi akan dikeluarkan jika anda ingin melihat penceramah secara 'live' (anda perlukan yahoo messenger).



Ringkasan Maklumat Chat Room: (paltalk) http://www.paltalk.com/
1. Moderator ID: misg _online
2. Url Room (web base) : http://express.paltalk.com/index.html?gid=1242827625
3. Download application paltalk: http://www.paltalk.com/download.shtml
4. Untuk ke 'chat room/view' - Chat Room: Kuliah Ta'dib Islami Online, secara automatik sila klik : http://chat.paltalk.com/g2/group/1242827625/ViewAllMembers.wmt



PANDUAN PENGGUNAAN


Ada dua kaedah bagi mengikuti kuliah melalui paltalk:

1. Secara web tanpa 'download aplication Paltalkscene', sila klik ke url room berikut bagi menggunakan paltalkexpress: http://express.paltalk.com/index.html?gid=1242827625 . Ikut arahan daftar dan 'create account'.

2. Melalui application Paltalkscene (berfungsi seperti skype/YM)(Menggunakan paltalkscene adalah lebih baik)
Downloading Paltalkscene
1. Go to
- http://www.paltalk.com/download.shtml
atau
- http://www.paltalk.com/start_chatting.shtml
2. Click Download now & follow instruction
3. Register and follow the instruction

Bagi menyertai KULIAH TA'DIB ISLAMI ONLINE : - setelah download Paltalkscene:
1. Klik ‘Add Pals’ dalam Paltalk Scene
2. Tekan Enter - Paltalk nickname (misg_online) – the admin
3. Maklumkan anda ingin menyertai KULIYYAH TA'DIB ISLAMI ONLINE
5. Anda akan dijemput/invite oleh 'admin'.
6 Sila tambah di 'favorite' apabila anda telah masuk ke dalam KULIAH TA'DIB ISLAMI ONLINE room, untuk akan datang.
- atau klik (to joint group) : http://chat.paltalk.com/g2/group/1242827625/ViewAllMembers.wmt
Jika ada masalah/ komen/cadangan, sila hubungi moderator melalui : misg.online@gmail.com atau taip pesanan anda kepada id: misg_online di Paltalkscene. Untuk makluman id paltalk (misg_online) sentiasa dibuka bagi sesiapa yang ingin 'add' ID mereka lebih awal sebelum kuliah bermula.


Moderator (Abu Muhammad)
misg.online@gmail.com