Pages

Laporan Usrah Bulanan (Nov 07)



Alhamdulillah pada 24 - 25 November 2007 lepas, MISG-ABIM telah berjaya mengadakan usrah bulanan bertempat di rumah Presiden Masyarakat Melayu United Kingdom iaitu Sdr Hamidi di Bicester, Oxford. Pihak MISG-ABIM mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Sdr Hamidi sekeluarga menyediakan tempat untuk usrah kali ini. Tidak lupa juga kepada meraka yang hadir dari untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Semoga sahabat-sahabat terus memberi komitmen dalam menyebarkan dan membugarkan dakwah Islamiyah di bumi Eropah ini.


Perbincangan usrah yang dibentangkan oleh Sdr Akmal pada kali membincangkan tentang:
  • Unity of the Ummah.
  • Kebangkitan Parti Politik Islam di Turki
  • Virtues and Methods of giving Sadaqah

Manakala pada hari Ahad 25 Nov, kami berkesempatan menerima kunjungan daripada Sheikh Afifi al-Akiti dan beliau ada menceritakan serba sedikit mengenai kegiatan dan pengalaman beliau disini. Alhamdulillah banyak kata-kata nasihat yang beliau berikan, terutama sekali mengenai alim ulama di tanah air kita yang kurang dikenali dan didekati olah masyarakat kita sendiri. Jazakallah.

Sheikh Afifi is a Clarendon Scholar at Worcester College, Oxford University and is currently completing his doctoral thesis on a newly discovered Arabic manuscript of a previously unknown theological work by Imam al-Ghazali. He is also a Research Fellow at Oxford Centre for Islamic Studies. His area of research is medieval Islamic philosophy and theology. His profile can be obtained from www.livingislam.org/maa

Memahami keistimewaan dan Tujuan al-Quran

Oleh Ustaz Mohd Rumaizuddin Ghazali
Timbalan Presiden Abim

Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya.

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)

Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalah

Pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud : “ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)

Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ al-Rasyidin.

Ketiga,al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24)

Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17)

Paparan artikel penuh, sila layari :

Perhimpunan Musim Sejuk 2007

Jemputan ke Perhimpunan Musim Sejuk 2007
'Mengukuh Jama'ah Memperkaya Usaha Dakwah'

Tarikh: 14 - 16 Disember 2007
Tempat: United Kingdom Islamic Mission
Jamia Masjid Khizra
425 Cheetham Hill Road
Manchester M8 OPH
Tema: "Mengukuh Jama'ah Memperkaya Dakwah"
Yuran: Undergraduate £15
Family £20
Nearest Public Transport: Train (Manchester Victoria, approx. 30 mins walking)
Anjuran: MISG-ABIM UK & Eire

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran, yuran, tentatif program dan lain-lain, sila emailkan kepada admin@misg-abim.org

Usrah Exco Bulanan (Nov 2007) & Bengkel Perancangan Strategik MISG-ABIM 2007 - 2008

Tarikh: 24 November 2007
Masa: 3 petang - 10 malam
Tempat: No 7, Malcon Mead, Bicester, OX26 6XE

Pada yang berminat untuk mengikuti usrah kami, sila maklumkan kehadiran anda dengan menghantar email kepada admin@misg-abim.org

Aktiviti MISG-ABIM

Kegiatan-kegiatan MISG-ABIM kesemuanya menjurus ke arah pembentukan peribadi, keluarga dan seterusnya masyarakat muslim sejati secara bersepadu, yang merangkumi aspek-aspek rohani, jasmani dan mental.

Secara umumnya, aktiviti-aktiviti utamanya boleh dibahagikan kepada dua iaitu berkala dan tidak berkala. Di antara aktiviti-aktiviti berkala adalah:

1. Perhimpunan Silaturrahim atau Sambutan Pelajar Baru (Oktober)
2. Perhimpunan Musim Sejuk (Disember)
3. Perhimpunan Musim Bunga (April)
4. Perhimpunan Musim Panas (Jun)
5. Perhimpunan Helwa

Aktiviti-aktiviti tidak berkala pula, antaranya ialah:

1. Usrah atau perkumpulan ilmu
2. Ceramah umum
3. Program latihan kepimpinan, ketrampilan dan motivasi
4. Sesi diskusi atau wacana intelektual
5. Penerbitan - 'Tinjauan' (setiap bulan)
6. Rehlah dan ziarah