Pages

Sejarah Penubuhan


MISG-ABIM UK & EIRE adalah sebuah pertubuhan pelajar-pelajar Islam bagi menyampaikan ajaran Islam sebagai satu cara hidup (ad-din) yang menyeluruh. Sebagai sebuah gerakan pelajar Islam, MISG-ABIM juga bertujuan memenuhi keperluan pembinaan sahsiah dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire melalui pendekatan moderate dan sederhana (wasathiyah).

Pada asalnya, MISG atau Kumpulan Pengkajian Islam Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai platform bagi pelajar-pelajar Islam yang berada di UK dan Eire untuk mengkaji dan mendalami Islam. Sementara ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia yang diasaskan pada tahun 1971 sebagai sebuah gerakan belia Islam, berjuang untuk menyedarkan masyarakat tentang Islam sebagai suatu cara hidup. Sejak dari awal, MISG dan ABIM telah berhubung rapat dan sering bekerjasama dalam usaha menyedarkan serta membangkitkan kesedaran Islam dikalangan pelajar-pelajar di UK dan Eire. Akhirnya pada bulan Disember 1992, bersempena dengan Perhimpunan Musim Sejuk yang diadakan di Glasgow, MISG dan ABIM telah bergabung menjadi satu organisasi dan juga sebagai cawangan ABIM dibumi UK dan Eire ini.

Sehingga kini, MISG-ABIM UK & Eire berfungsi sebagai sebuah pertubuhan pelajar berorientasikan gerakan Islam yang dinamik bagi pelajar-pelajar dari segenap peringkat pengajian seperti diperingkat pra-universiti, ijazah pertama dan ijazah lanjutan dengan harapan potensi dan tenaga mereka akan dapat dimaksimakan demi meningkatkan lagi prestasi kegiatan dakwah serta 'amal Islami. MISG-ABIM juga merupakan salah sebuah persatuan pelajar Malaysia didaftarkan dengan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD). Diperingkat antarabangsa, MISG-ABIM mempunyai hubungan langsung dengan beberapa organisasi, antaranya ialah World Assembly of Muslim Youth (WAMY), International Islamic Federation of Students' Organisation (IIFSO) dan International Institute of Islamic Thought (IIIT).

1 comment:

Aziz Fikry said...

Salam,
Berkaitan sejarah MISG, saya cadangkan agar pihak MISG dapat mengumpul dan memasukkan bahan-bahan sejarah berikut dalam website sebagai rujukan:1)Senarai AJK, bermula dari penubuhan sehingga kini 2) Back issues publication MISG eg. 'The Reflection' 3)Aktiviti di masa silam serta snapshot.
Untuk tujuan diatas, perlu ada ruang 'ALUMNI' bekas AJK/ahli MISG dalam website MISG; bahan2 sejarah diatas kebanyakannya dapat di sumbangkan oleh mereka.

AZIZ MOHAMMAD
Bekas AJK (1976-77)
email: azizfikry.m0@gmail.com
Blog: azizfikrym0.blogspot.com