Laporan Usrah Bulanan (Nov 07)



Alhamdulillah pada 24 - 25 November 2007 lepas, MISG-ABIM telah berjaya mengadakan usrah bulanan bertempat di rumah Presiden Masyarakat Melayu United Kingdom iaitu Sdr Hamidi di Bicester, Oxford. Pihak MISG-ABIM mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Sdr Hamidi sekeluarga menyediakan tempat untuk usrah kali ini. Tidak lupa juga kepada meraka yang hadir dari untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini. Semoga sahabat-sahabat terus memberi komitmen dalam menyebarkan dan membugarkan dakwah Islamiyah di bumi Eropah ini.


Perbincangan usrah yang dibentangkan oleh Sdr Akmal pada kali membincangkan tentang:
  • Unity of the Ummah.
  • Kebangkitan Parti Politik Islam di Turki
  • Virtues and Methods of giving Sadaqah

Manakala pada hari Ahad 25 Nov, kami berkesempatan menerima kunjungan daripada Sheikh Afifi al-Akiti dan beliau ada menceritakan serba sedikit mengenai kegiatan dan pengalaman beliau disini. Alhamdulillah banyak kata-kata nasihat yang beliau berikan, terutama sekali mengenai alim ulama di tanah air kita yang kurang dikenali dan didekati olah masyarakat kita sendiri. Jazakallah.

Sheikh Afifi is a Clarendon Scholar at Worcester College, Oxford University and is currently completing his doctoral thesis on a newly discovered Arabic manuscript of a previously unknown theological work by Imam al-Ghazali. He is also a Research Fellow at Oxford Centre for Islamic Studies. His area of research is medieval Islamic philosophy and theology. His profile can be obtained from www.livingislam.org/maa

Memahami keistimewaan dan Tujuan al-Quran

Oleh Ustaz Mohd Rumaizuddin Ghazali
Timbalan Presiden Abim

Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya.

Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)

Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalah

Pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud : “ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)

Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ al-Rasyidin.

Ketiga,al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24)

Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17)

Paparan artikel penuh, sila layari :

Perhimpunan Musim Sejuk 2007

Jemputan ke Perhimpunan Musim Sejuk 2007
'Mengukuh Jama'ah Memperkaya Usaha Dakwah'

Tarikh: 14 - 16 Disember 2007
Tempat: United Kingdom Islamic Mission
Jamia Masjid Khizra
425 Cheetham Hill Road
Manchester M8 OPH
Tema: "Mengukuh Jama'ah Memperkaya Dakwah"
Yuran: Undergraduate £15
Family £20
Nearest Public Transport: Train (Manchester Victoria, approx. 30 mins walking)
Anjuran: MISG-ABIM UK & Eire

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran, yuran, tentatif program dan lain-lain, sila emailkan kepada admin@misg-abim.org

Usrah Exco Bulanan (Nov 2007) & Bengkel Perancangan Strategik MISG-ABIM 2007 - 2008

Tarikh: 24 November 2007
Masa: 3 petang - 10 malam
Tempat: No 7, Malcon Mead, Bicester, OX26 6XE

Pada yang berminat untuk mengikuti usrah kami, sila maklumkan kehadiran anda dengan menghantar email kepada admin@misg-abim.org

Aktiviti MISG-ABIM

Kegiatan-kegiatan MISG-ABIM kesemuanya menjurus ke arah pembentukan peribadi, keluarga dan seterusnya masyarakat muslim sejati secara bersepadu, yang merangkumi aspek-aspek rohani, jasmani dan mental.

Secara umumnya, aktiviti-aktiviti utamanya boleh dibahagikan kepada dua iaitu berkala dan tidak berkala. Di antara aktiviti-aktiviti berkala adalah:

1. Perhimpunan Silaturrahim atau Sambutan Pelajar Baru (Oktober)
2. Perhimpunan Musim Sejuk (Disember)
3. Perhimpunan Musim Bunga (April)
4. Perhimpunan Musim Panas (Jun)
5. Perhimpunan Helwa

Aktiviti-aktiviti tidak berkala pula, antaranya ialah:

1. Usrah atau perkumpulan ilmu
2. Ceramah umum
3. Program latihan kepimpinan, ketrampilan dan motivasi
4. Sesi diskusi atau wacana intelektual
5. Penerbitan - 'Tinjauan' (setiap bulan)
6. Rehlah dan ziarah

Barisan Pimpinan

AHLI JAWATANKUASA MISG-ABIM UK & Eire
Sesi 2009/2010

Presiden
Ustaz Hasri Harun

Timbalan Presiden I
Shafudin Mohd Yatim

Timbalan Presiden II
Mohd Akmal Mohd Roji

Setiausaha
Khairul Ariffin Mohd Munir

Penolong Setiausaha
Qurratul Akyun Hj Daud

Bendahari
Ahmad Razin Zainal Abidin

Ketua Helwa
Norlaily Mohd Saiden

Timbalan Ketua Helwa
Asma Hakimah

Objektif Penubuhan

1. Sebagai sebuah badan yang berpegang kepada platform yang melaksanakan pendekatan 'wasatiah' (kesederhanaan) MISG-ABIM memainkan peranan yang penting disamping berganding tenaga bersama gerakan-gerakan dakwah yang lain dalam arena menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyah sesuai dengan ajaran asasi Al Quran Al Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w

2. Menjalankan kegiatan dakwah Islamiyah secara progresif kepada seluruh lapisan masyarakat.

3. Menggembleng tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan di dalam semua lapangan termasuk sosial, ekonomi, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi.

4. Bekerjasama dan mempereratkan perhubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan ABIM tanpa mengira kaum bagi mewujudkan rasa persahabatan dan harmoni diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

5. Mewakili belia-belia Islam dipersidangan-persidangan di dalam dan luar negeri.

6. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bercanggah dengan ajaran asasi Al-Quran dan As Sunnah.

Sejarah Penubuhan


MISG-ABIM UK & EIRE adalah sebuah pertubuhan pelajar-pelajar Islam bagi menyampaikan ajaran Islam sebagai satu cara hidup (ad-din) yang menyeluruh. Sebagai sebuah gerakan pelajar Islam, MISG-ABIM juga bertujuan memenuhi keperluan pembinaan sahsiah dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire melalui pendekatan moderate dan sederhana (wasathiyah).

Pada asalnya, MISG atau Kumpulan Pengkajian Islam Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai platform bagi pelajar-pelajar Islam yang berada di UK dan Eire untuk mengkaji dan mendalami Islam. Sementara ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia yang diasaskan pada tahun 1971 sebagai sebuah gerakan belia Islam, berjuang untuk menyedarkan masyarakat tentang Islam sebagai suatu cara hidup. Sejak dari awal, MISG dan ABIM telah berhubung rapat dan sering bekerjasama dalam usaha menyedarkan serta membangkitkan kesedaran Islam dikalangan pelajar-pelajar di UK dan Eire. Akhirnya pada bulan Disember 1992, bersempena dengan Perhimpunan Musim Sejuk yang diadakan di Glasgow, MISG dan ABIM telah bergabung menjadi satu organisasi dan juga sebagai cawangan ABIM dibumi UK dan Eire ini.

Sehingga kini, MISG-ABIM UK & Eire berfungsi sebagai sebuah pertubuhan pelajar berorientasikan gerakan Islam yang dinamik bagi pelajar-pelajar dari segenap peringkat pengajian seperti diperingkat pra-universiti, ijazah pertama dan ijazah lanjutan dengan harapan potensi dan tenaga mereka akan dapat dimaksimakan demi meningkatkan lagi prestasi kegiatan dakwah serta 'amal Islami. MISG-ABIM juga merupakan salah sebuah persatuan pelajar Malaysia didaftarkan dengan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD). Diperingkat antarabangsa, MISG-ABIM mempunyai hubungan langsung dengan beberapa organisasi, antaranya ialah World Assembly of Muslim Youth (WAMY), International Islamic Federation of Students' Organisation (IIFSO) dan International Institute of Islamic Thought (IIIT).