Pages

Perhimpunan Musim Sejuk 2007 Berjaya!

MISG-ABIM UK & Eire telah berjaya menganjurkan Program Himpunan Musim sejuk 2007 bertempat di Masjid Cheltenhem Manchester pada 14 - 16 Disember yang lepas. Seramai lebih 40 orang peserta telah menghadiri program ini yang lebih menjurus kepada pengukuhan ukhuwwah dan jalinan dakwah bersama. Program bertemakan Mengukuh Ukhuwwah tersebut telah dihadiri bersama oleh setiausaha Agung ABIM, Sdr Khairul Ariffin Mohd Munir yang telah membentangkan Amanat Dakwah kepada peserta.

PMS 2007 juga telah mendapat sambutan dan sokongan daripada rakan-rakan daripada Malaysia dan Ireland dimana wakil daripada Persatuan Kebangsaan pelajar Islam Malaysia, yang diwakili oleh Naib Presidennya iaitu sdr Mohd Bukhari Alias telah bersama sepanjang program tersebut. Wakil daripada ABIM Negeri Selangor yang diwakili 2 orang Helwa juga bersama dalam menjayakan program tahunan kali ini.PMS 2007 ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan kejasama pihak masjid dan Komuniti Manchester. Program selama 3 hari tersebut telah berjaya membincangkan hala tuju dakwah dan peranan MISG untuk meneruskan usaha dakwah pada masa akan datang. Program akhir PMS pada tahun ditutup dengan majlis bersama komuniti Manchester dimana sesi penerangan tentang Agenda ABIM dan peranan dalam usaha dakwah di Malaysia. Wakil daripada komunit turut dihadiri oleh Penghulu dan Setiausaha serta AJK yang lain.

No comments: