Pages

NOTIS AWAL PERHIMPUNAN MUSIM SEJUK - PMS

PERHIMPUNAN MUSIM SEJUK - PMS



Assalammualaikum,


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, Insha'Allah seperti yang diputuskan dalam pertemuan Aidilfitri yang lalu, perhimpunan Musim Sejuk MISG-ABIM akan diadakan pada 18-20 Disember 2009 di Glasgow, Scotland. (Awal Muharram 1431H) Maklumat lanjut dan aturcara program akan disusulkan.


Mula - petang Jumaat (18/12/2009)

Akhir - petang Ahad (20/12/2009)

Tempat : di bandar Glasgow atau Loch Lomond (pinggiran Glasgow)


Insha'Allah program yang diisi akan padat dan menarik. Pihak urusetia juga sedang mendapatkan tempat yang bersesuaian agar keluarga boleh dilibatkan. Kita akan atur ada program untuk peserta dan anak-anak untuk kanak-kanak dan remaja.


Selain itu, program ini juga akan disesuaikan dengan aspirasi pelbagai genre umur melibatkan "undergraduate" dan "postgraduate", yang penting ada manfaat dan hikmah untuk kita bersama. Insha'Allah kita akan ada sesi bersama tokoh gerakan Islam di UK seperti Dr Kamal Herbawi (dalam perbincangan), Sheikh Ridzuan (Glasgow), wakil ABIM pusat, Prof Madya Dr Abd Halim-elMuhammady (hadir), Dr Ku Azam Tuan Lonik dan banyak lagi...


PMS kali ini di Scotland pastinya dalam musim sejuk, justeru mungkin ini peluang untuk bersiar-siar ke "Highland of Scotland" untuk bermain salji disana. Justeru kepada sesiapa yang berminat, insha'Allah selepas 20hb Disember boleh diaturkan untuk ke kawasan-kawasan tanah tinggi Scotland anataranya Inverness dan lain-lain. (Perancangan diatur sendiri tetapi sahabat di Glasgow boleh membantu). Jika ada yang berhasrat hendak duduk sehari dua di Glasgow, Insha'Allah kita boleh aturkan program keluarga angkat dengan sahabat-sahabat disini.




Mohon kerjasama untuk semua melapangkan masa dan mencari tiket/pengangkutan yang bersesuaian.


Pengangkutan:


  1. Kereta - Bandar Glasgow (poskod akan diberi)
  2. Bas - Central Station Glasgow
  3. Kapal Terbang - pilihan esyjet/ryainair (Glasgow International Airport/Preswick Airport)
  4. Train - National Train/Virgin (Center Station Glasgow)


Justeru, jangan lepaskan peluang ini......JUMPA ANDA DISANA...Insha'Allah...














No comments: