Pages

KENYATAAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

  1. Merujuk kepada keputusan Mahkhamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' di dalam penerbitan buletin Gereja 'Herald-The Catholic Weekly' pihak MISG-ABIM dan Eire ingin menyatakan pendirian sebagai mewakili sebahagian daripada umat Islam Malaysia yang berada di luar negara. Pihak kami ingin melahirkan kekesalan, dukacita dan sedih dengan keputusan tersebut yang dilihat mampu membuka ruang ketidakharmonian beragama di Malaysia.

  2. Secara umumnya, kami berpendirian bahawa bantahan penggunaan kalimah Allah ini bukan bermakna ianya menghalang kebebasan beragama atau mencabar hak asasi mana-mana pihak. Kami juga tidak sama sekali ingin mempersoalkan kewibawaan hanya dengan beberapa persoalan dan pemerhatian.

  3. Bantahan penggunaan kalimah Allah ini di dalam konteks masyarakat dan uruf di Malaysia adalah berdasarkan faktor etimologi bahasa yang secara keseluruhannya jauh berbeza dan terpisah daripada apa yang difahami oleh Gereja-Herald Catholi sama ada dari segi konsep, budaya mahupun metafizik, teologi dan falsafah Islam. Kebenaran menggunakan kalimah Allah sesuka hati ini tanpa melihat kepada aspek etimologi, konsep, budaya, metafizik, teologi dan falsafah ini bakal menyebabkan timbul kekeliruan di dalam beragama yang seterusnya mampu mengancam keharmonian dan keamanan dalam masyarakat awam dan komuniti Islam.

  4. Sehubungan dengan itu, kami menggesa kerajaan untuk mempercepatkan proses rayuan dan memohon menggantung perintah Mahkamah yang dikeluarkan. Di samping itu, jika perlu, kami memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu sebgai penaung agama Islam untuk membantu menyelesaikan sebarang polemik penggunaan kalimah Allah ini.

  5. Umat Islam diminta bertenang, beretika dan berakhlak serta tidak melakukan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang. Badan-badan agama dan NGO Islam juga perlu mempergiatkan dakwah dan memberikan penerangan mengenai kekeliruan yang ditimbulkan melalui penggunaan kalimah Allah ini. Sudah tiba masanya pihka berkuasa agama negeri-negeri mengguatkuasakan secara serisu Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di kalangan Orang Islam. Marilah bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala agar kedudukan Islam sebagai agama rasmi dapat dipertahankan dan dalam masa yang sama memelihara keharmonian beragama di Malaysia.

Wassalam,

Ustaz Hasri Harun
Presiden
MISG ABIM UK-EIRE

No comments: